iMBobo

belog tarzan gilak

Thursday, June 9, 2011

Niat di hati mau jadi itu FA ma..

Pramugari MAS

haa aku nak soksek pasal karier kali ni. aku ni bukan expert pun pasal ni suma tapi aku just nak kongsi apa yang aku dah alami okeyh. jangan cakap aku eksen(bongkak) pulak tau. tak terlintas pun kat fikiran aku.

ok terus terang aku mengaku yang aku ni memang mengalami masalah kecelaruan profession. bukan apa dulu masa aku form 4 aku belajar kat SMKJB aku dapat sains+akaun. tapi aku pindah sekolah sebab dapat teknik. korang nak tau aku amik apa kat sekolah teknik tu? haaa aku amik KATERING tau. jangan terkejut lak. best tau belajar masak makanan timur dan barat.

sejak kecik, aku memang bercita2 nak jadi PRAMUGARI atau FA. yelah kalau jadi FA ni best je. boleh travel anywhere kan. dah lah FREE. pergghh sapa yg taknak kan. lagipun aku ada auntie keje pramugari. aku tengok dia best je, dan setiap tahun dia boleh bawak family dia pegi travel dengan gaji dia. dahtu husband dia lak pilot. hensem siot. jeles aku. tu yg membuatkan lagi aku nak jadi FA.

lepas SPM aku try2 lah apply jadi FA tapi takde pun aku dapat jawapan. dalam bulan 6 tu aku dapat tawaran masuk form6 kat High School Kajang. so aku masuk je lah even takde lah standard cam kolej/ U yang lain. aku dapat macam2 kolej dan Universiti Utara Malaysia, tapi bila mengenangkan nak kne duduk jauh, malas lak. dok rumah kan best, boleh goyang2 kaki. hee :) then dalam bulan 7 or 8 aku dapat tawaran dari satu agensi untuk jadi pramugari. rezeki depan mata weh, gilo lah! berminggu2 gak aku memikirkan. antara impian dan kejayaan. haha yelah sebab masa tu jugak aku dapat nampak kemampuan aku untuk carry on STPM aku. subjek yang aku amik ni agak mencabar. masa kat form6 ni aku dapat bidang kemanusian tau. Bahasa Melayu+Sejarah+kesusasteraan Melayu+Pengajian Am+MUET= memang pecah kepala aku jadinya. tapi bila aku fikir yang aku takut tinggi lagi, terus aku buat tahu pasal tawaran agensi tu. tak bersyukur kan aku nih?

dan kini, aku masih di sini untuk mengahbiskan STPM aku.dan aku tetap akan habiskan. aku harap sangat lepas ni aku boleh sambung degree dalam PSIKOLOGI. hee :) aku nak kaji kenapalah aku ni asyik tukar2 profession je.

sayang oi,,aku buat entry nih bukan apa, just nak cakap kat adik maz nih kalau nak jadi FA, tak kira lah kita cantik atau tidak. korang ingat sume FA tu perfect sangat ke. lagi satu, jangan ingat sume FA ni tak menutup aurat tau. ada jugak FA yang bertudung. cuba korang bayangkan takkan lah syarikat penerbangan tu nak bagi FA yang tak tutup aurat, pakai skirt untuk penumpang yang nak buat Haji atau Umrah kan. so adik maz, cuba try apply dulu. jangan jadikan bertudung sebagai alasan taknak kejar impian. kalau ada interview cuba pergi dan mencuba nasib. tapi jangan lah pergi interview kat syarikat penerbangan yang memang kompem2 FA nya berskirt tau.



Kalau sudi silalah komen dan click Google +

2 sayang cik singe:

Unknown said...

btw,thnks ya!hmm,tapi nak travel anywhere.dh kalau bwa rombongan haji jawab dia
malaysia-mekkah-madinah je laaa.:D

Unknown said...

@mazreenaFAZIRA

ala pegi mekah pun travel jugak kan. lagipun gaji nya setahun pun boleh bawak 1 big family gi travel gak. don't worry ok :) wish u luck dear

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.