sebelum aku jumpa Toteen balik, macam2 silly mistake yang aku buat. haa kelakar tau. yelah sebab kucing je hilang, aku dah mengagau kesedihan lah sangat. bukan apa weh, dari kecik aku jaga dia. masa Etot(mak Toteen) beranak, aku dengan abah beriye tunggu sampai semua anak dia keluar. aku jadi bidan kucing weh. hahaha.
nak dijadikan cerita, pagi tadi masa aku nak pergi sekolah sempat lagi aku tinjau2 longkang2 kat kawasan rumah. manalah tau mungkin Toteen terjatuh atau apa ke kan. dah masa kat sekolah tu aku agak kelam-kabut sikit. cikgu ajar pun aku tak berapa fokus. tapi dapatlah jugak tangkap sesetengah benda. time MUET pulak kena buat essay, haa punyalah blank otak aku nak elaborate isi bagai tu. last2 aku buat bodoh je. setakat buat sikit2 je. then masa Pengajian Am lak aku kena buat soalan kuantitatif. pergghh punyalah lupa aku nak buat semalam. mengagau gila aku buat. tapi nasib baik aku dapat jawab jugak. kalau tak, habislah makcik ni haaa..
dan yang nak menunjukkan ke-bengong-an aku, aku boleh pass kat zati lagi kertas kerja sejarah semata-mata aku balik nanti nak cari Toteen. tapi nasib baik hati zati ni banyak baik. so dia ni on aje. fuhh nasib baik. dah lepas tu aku pun naiklah bas RapidKL untuk balik rumah. masa aku naik tu aku dengan selamber nya scan kad aku. heh rm9 kena telan? gilo ape. aku pun tanyalah pakcik driver tu, dia cakap sebab aku dah terscan sekali dengan bayaran orang yang sebelum aku ni. yelah aku ni pun main scan je kad. kan dah kena telan duit aku.
tapi yang membuatkan aku bengang yang teramat sangat tu. orang yang naik free2 tu bukan nak bayar kat aku. ciss, kurang ajar sungguh. ingat parents aku tambah nilai untuk bagi dorang naik free ke? boleh lak dorang buat muka sardin je weh. kalau seringgit, dua tu aku boleh diam je. ni sampai dah melebih2 nih. bila aku tanya pasal bayaran kat orang tu, boleh dia cakap "ehh nak kena bayar ke" dan terus keluarkan rm50 dengan muka berlagak. hish nak je aku smash muka dia. padahal kat dalam purse dia aku nampak berlambak2 duit kertas rm1 tapi boleh pulak dia nak tunjuk lagak kat aku yang hanya budak sekolah. kenapalah ada orang macam ni kan.
so aku malas bising2, aku diam je dan malas nak pandang muka orang berlagak tu. dah sampai hentian kajang tu aku terus bergegas balik rumah. sebelum sampai rumah tu aku siap call lagi mama aku. nak tanya Toteen dah balik ke tak. tapi mama ni tak angkat2 lak. risau aku dibuatnya. aku terus lari2 anak sebab takut ada benda tak elok jadi. rupa2nya mama aku tengah khusyuk tengok Amanah Dalam Cinta. cehh.. so aku paksa gak mama aku pergi teman aku cari Toteen. mama aku pun dengan muka penatnya bangun dan bermulalah edisi mencari Toteen kat lorong rumah aku.
cari punya cari, tiba2 aku tergerak hati nak tengok rumah jiran aku. mak aihhh,, kucing aku ada dekat dalam pagar dia weh. siap ikat lagi kaki dia. punyalah kejam sampai boleh buat kucing aku macam tu. ya Allah kenapalah manusia ni tak berhati perut sangat? aku pun dengan terkejut terus pergi bukak ikatan kat kaki Toteen then aku bawak dia balik. dah balik tu, Toteen asyik menyorok bawah meja je.badan dia pun menggigil2. mesti takut kan selepas terselamat dari diculik.
aku tak faham apa motif jiran aku tu buat macam tu kat kucing aku,, yang pastinya aku tahu ALLAH sentiasa ada untuk bagi balasan yang setimpal kat manusia macam tu.
4 sayang cik singe:
maybe sebab toteen selalu buat onar kat umah dier kot..
@kimiez
entah tapi sebelum ni jiran yang ni jugak memang penah culik etot(mak toteen) dan mengaku tu kucing dia. lepas beberapa hari baru dia lepaskan balik.
alamak .. kesiannya dia .. mesti takut dia kena seksa2 gitu ..
@iPai
mungkinlah kot. tapi sekarang dia dah semakin elok.
Post a Comment