iMBobo

belog tarzan gilak

Monday, July 4, 2011

Kawad kaki guna baju kurung

<entry ganas menganas lagi>

hai kawan2, dah lama kan aku tak update blog. asyik2 post join GA dan Bloglist je kan. tapi takpe takpe harini aku nak update, tapi aku rasa mesti korang kurang gemar dengan apa yang aku nak luahkan harini. haha biasalah hati sedang marah. tapi sekarang ni aku sudah pandai mengawal sedikit kemarahan tau. bila aku dah start nak marah je, mesti aku diam dan iye kan aje apa orang lain cakap. bagus kan?

ok straight to the point lah, aku memang agak marah dengan sesetengah manusia yang mementingkan diri sendiri. tap dalam post ni aku akan marah secara berlapik tau. kahkahkah mesti korang tak percaya kan aku boleh menahan je amarah? meh2 sini aku buktikan kat korang.....

harini aku rasa macam best jugaklah. yelah macam biasalah kehidupan budak sekolah kan? haa korang nak tau tak tadi kan aku berjaya menyiapkan karangan Bahasa Melayu dan report writing dengan jayanya tau. yeeeehhhooo.. walaupun report tu aku ada bincang2 jawapan dengan MUET partner aku, kire ok lah tu kan. boleh la dari takde langsung.

lepas sekolah tu kitaorang ada kawad kaki Puteri Islam, so aku,eika dan zati pun pergilah makan2 dulu. dah lepas makan tu kitaorang bergegas terus pergi padang. terkejut gila kitaorang tau. nak tau kenapa? haa yang datang cuma 7orang je yang datang tau. Ya Allah. aku punye lah tercunggap2 pergi turun naik class 6 atas dengan bawah tau. besar tu high school cuba kau bayangkan aku turun naik tangga haa... tapi impian tinggal harapan jelah. rupanya ramai yang tak bagi komitmen.

aku tak faham dengan sesetengah orang nih, sikap mementingkan dirinya terlalu tebal tau. ye aku tau sapa yang suka kawad2 ni kan? memang la aku pun tak suka, tapi kesian lah kat cikgu2 Puteri Islam tu. ahli hanya ada 28 orang je tau. kalau ramai sangat yang mengelat, macam mana nak cukup barisan untuk kawad? aku agak bengang dengan manusia2 yang taknak datang latihan kawad nih dengan alasan busy lah itu lah ini lah. alahai, kau ingat aku ni tak busy ke? aku ni dahlah balik kena naik bas kat kajang lagi,jalan kaki dari sekolah smpai kajang, ada tuisyen dan balik rumah sah2 kena tolong2 mama aku lagi. dorang ni hanya fikir sibuk dorang je, sampai langsung tak fikir orang lain.

tapi  yang paling menyaktkan hati, ada 2orang form6 bawah ni dengan selamber-nya datang buat muka seposen dan cakap "eh eh sorry sebab tak datang, tadi dorang ckp last minit sebelum balik". adoyai budak ni, mula2 aku tak marah sangat. lepas tu dia mengeluh taknak masuk kawad sebab kitaorang kena kawad pakai baju kurung Puteri Islam.nak tau macam mana ayatnya? nah amik nih...
hah?kena kawad pakai baju kurung, taknaklah. tak pernah tengok pun mcmtu

sakit tak hati kalau benda ni terjadi kat korang? dah tu bila aku cakap benda ni tak boleh terlampau pentingkan diri atau status,, terus sorang budak ni menangis mintak simpati kawan2 dia konon aku ada marah dia. mak aihhh bila masa lak aku marah kau ni? ada masalah mental kot minah ni. kesian kesian. aku dengan malas nak melayannya terus diam dan blah dari dia. malas nak melayan DRAMA QUEEN sedang berlakon. bajet boleh dapat award lah ye? kahkahkah kelakar!

teacher Maznah selalu ajar aku, kalau nak marah kita mesti ada etika gak. jangan gunakan bahasa yang kesat sangat. biar kita mencarut tetapi gunakan bahasa yang lembut dan  sesetengah orang memang tak faham. nah aku ajar korang---->
nucklehead=bodoh
good redence= pergi mampos

lembut kan kalau kita guna bahasa mencarut yang teacher Maznah aku ajar? meh2 kita praktikkan, yelah dari mencarut tak tentu pasal dengan bahasa kesat, baik kita guna bahasa yang lebih lembut kan. heeee :) let's shimmer down my anger. so korang kena lah amik iktibar yang kita ni tak sepatutnya pentingkan diri je sebab perangai buruk tu haa langsung tak bagi apa2 manfaat pun kat korang.

kbye. sorrylah kalu post ni panjang gila ye.


Kalau sudi silalah komen dan click Google +

13 sayang cik singe:

Solihahazahar said...

HAHA mesti tak selese kann kawad pakai baju kurung? eee panas gituu ~

syada said...

sekali sekala kawat pakai baju kurung best jugak ,hhe
dulu syada penah kena sebab xbwak baju sukan T,T

amir aizat said...

mesti kelakar kann,hehe sabor je lar eh

MisS HoNeY said...

hehhe..dlu masa skola dh rasa kawad pkai bju kurung.

Feeqachan (afiqah yusof) said...

haha..mula2 xdpt trime kawad pkai baju kurung..tp kene gak..sbb mase tu jadi puteri islam yg mase tu xde uniform suar lagi..hehehe

faridah nazurah said...

solihin, syada, amir, honey: haha memang kelakar tau tapi nak buat macam mana kan. dah kitaorang ni sekolah high school, majoriti lelaki, so p.Islam ni memang tak ramai. dats y ckgu just suruh pkai bju krung je. murah sikit :)

faridah nazurah said...

@Feeqachan (afiqah yusof)

haha biasalah dulu2 sebelum takde uniform seluar semua kne kawad pakai bju kurung, tapi budak2 sekarang je bajet2 takpernah nmpak org kawad guna b.kurung

♛I'm Eqa♛ said...

hahah .. great la tcher maznah ! xD ..
btw , suka yg ni "bila aku dah start nak marah je, mesti aku diam dan iye kan aje apa orang lain cakap." .. hee <3

pRiNCe said...

prince dtg bce entry yg bgus..:)
jom berkawan nak ?
kalau sudi bcela entry terbru sy..:)

[ Pendedahan Eklusif ] Bukti Justin Bieber Dah Hilang " Teruna "
[ Mengerikan ] Daging Cincang Manusia : Tersedut Ke Dalam Kipas Kapal Terbang
[ Video ] Hindi Superstar Bekerja Sebagai Penebar Roti
Bila Pakar Bom Gagal Memusnahkan Bom..Inilah Jadinya ( 7 Gambar )

faridah nazurah said...

@♛I'm Eqa♛

yup2. teacher maznah always ajar beretika. tak kira tgh marah or happy2.

faridah nazurah said...

@pRiNCe

thanks ye, terharu sangat :)

Acik said...

hokeh la tu kawad berbaju kurung! ayu jer ...

abglan said...

:) baru singgah sini, sory ganggu kalau tengah panas...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.