iMBobo

belog tarzan gilak

Thursday, August 18, 2011

Khas untuk iMBobo dan Lana

hehe entry kali ni memang khas untuk jiran aku, iMbobo dan sis Lana. tapi kalau yang lain nak baca pun boleh, dialu-alukan. kenapa aku buat entry dorang eh? sebab nak marah ke? ohhh tidaakkkk.. entry ni hanya untuk menjawab soalan mereka je :) over ke aku ni sampai nak buat entry? hahaha

soalan dari sis Lana,,

jawapan: ohhh tidak... terlalu muda kalau spm. sebab tahun ni amik STPM bukan SPM lah sis. tapi kan best kalau amik SPM balik.

soalan dari iMBobo,,

jawapan: yuppie memang sekolah lagi tapi sebagai student bukan cikgu.. ohh no.. aku tak dapat nak bayangkan macam manalah nasib anak2 murid kalau aku cikgu dorang. kompem asyik kena piat telinga. haha

haaa dah terjawabkan persoalan dorang nih..aku memang budak sekolah lagi. tapi umur dah agak terlajak. hehe tua ke kalau dah 19tahun pun still pakai baju sekolah? tak kan? huhu korang nak tau masa aku mula2 amik keputusan masuk form6 ni ramai yang memperlekehkan aku. tapi aku malas nak layan. sebab bagi aku kalau nak berjaya, kat mana2 pun boleh.

antara sebab2 aku masuk form6:
1. shortcut nak amik degree lepas ni (setahun setengah je)
2. malas nak menanggung hutang PTPTN 
3. dekat dengan rumah
4. fobia nak duduk hostel lagi.. 

haha ntah ape2 alasan aku. macam nak bagi pelempang je kan? ape aku kesah. tu yang aku rasa. tapi aku bersyukur sangat yang aku amik STPM. even susah, aku rasa happy sangat. nak tau sebab apa? hurrmm, sebabnya aku dapat cikgu2 yang baik sangat.

kalau korang nak tau, aku ni memang amik subjek yang boleh membunuh diri tau. semua subjek yang aku amik memerlukan aku membaca habis-habisan. haha terkejut tak kalau aku cakap aku amik SEJARAH? aku tau subjek ni antara subjek yang ramai tak suka kan? tapi hakikatnya memang aku amik paper Sejarah. bukan tu je weh, aku amik Bahasa Melayu gak. tapi bukan BM biasa2 je. agak susahlah. ntahlah mintak2 dapat jawab. then subjek Sastera. paper ni ada 2, Sastera Tradisional dan Moden. susah ke tak? haha jangan cakap. dlm form6 ni subjek wajib amik Pengajian Am dan MUET. yang ni bolehlah tahan. tapi takut jugak tau. 

haha dah macam karangan entry aku ni. over lak aku ni kan? korang jangan dok baca je entry ni tau. doa gak supaya otak aku tak tepu je. #ayatmenagihsimpati

p/s: si copycat tu tak habis2 meniru aku lagi. haha teruskan usaha ye cik copycat :) 



Kalau sudi silalah komen dan click Google +

13 sayang cik singe:

Elih Japahar said...

Short cut nak pi degree yer...jgn lupa sejarah itu penting utk dipelajari :) all the best utk STPM nanti...

ops! sorri terkomen..ni entry khas pulak, bo komen tak ni? lol :P

faridah nazurah said...

@Elih Japahar

haha sape2 je boleh komen. tak kesah. ni kan open sharing.

btw, thanks ye.

EYFAalias said...

nak baca gak. huhuhu

faridah nazurah said...

@EYFAalias

hee :) boleh aje. meh2 baca.

Cik Bell said...

Bangga dgn pelajar STPM.Akak pun dulu STPM baru je lepas.STPM mmg terbaek..Sejarah tu sng klu tahu kata kunci.Kalau pandai olah ayat lagi bagus,biar pemeriksa terpegun dgn jalan crite kte,yg pnting point lpas tu isi.Klu BM mmg susah la klu ikut kata kwn akak,tp catat rekod sbb satu klas dpat A.Pgjian am dlu pun slalu kantOi.tak D mesti C..Alhamdulillah yg sbnar dpat A.yg penting kena byk m'baca dan bertanya dan skill jwpn jugak.All the best.STPM mampu berjaya jugak.! :)

faridah nazurah said...

@Cik Bell

aminn..thanks sis :) betul2 semua yg sis cakap memang betul. yang penting kena pandai main dengan ayat. majulah STPM untuk negara :P hehe

faridah eizzati said...

kau takpernah nak buat entry untuk aku kan? sedih aku.

Bro ahmad said...

nak tanya soalan lah lalaaa kenapa nama murai si penuipu..bukan ke penipu yg betul kan2 lalalaaa

iMBobo said...

oo baru tahu hehe.. goodluck ye utk stpm tu...tak pernah merasa pun stpm tu mcm mana..mesti lagi susah kn?lps tu amik sejarah plak tu hehe.. jiranku memang hebat! :) tq siap buat entry haha..

faridah nazurah said...

@Bro ahmad

haha tu typing eror.. tapi malas nak betulkan :)

faridah nazurah said...

@iMBobo

hebatlah sangat kan. saje je nak buat entry dari takde benda nak update

muhamad hanif said...

yea,

form six memang untung, tapi seriously takleh leka sbab sijil STPM bukan mcm diploma =)

Abang Stalker said...

abg x ske sejarah,tp spm dlu dpt A. :D nsb baik je tu..owh,mmg org yg amik stpm kate iorg bt shortcut degree.betul gk tu..klu amik dip 3thn bazir.tp pengalaman yg lbh pntg.

apa2 pun gu luck dlm hdp ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.