*sila abaikan adik aku yang suka buat pipi kembung2
haha takleh blah muka selekeh aku tu. tapi sebelum korang nak gelak guling2 tengok muka aku, meh sini aku nak protes tentang sesuatu. pasal apa ye? hurrmmm sebenarnya aku nak cerita pasal benda yang membuatkan aku marah masa aku pergi ke tanah perkuburan dekat dengan Kampung Malaysia tadi. perggghhh serious wa cakap sama lu berangin je weh..
1. Rokok
Apa korang rasa kalau kat tanah perkuburan tu ada orang dengan muka sardinnya menghisap rokok? ada tak korang rasa nak bagi flying kick? memanglah merokok tu tak salah mana. tapi bukan ke tanah perkuburan ni tempat larangan merokok? tapi yang ni memang gila2 kurang ajar lah! ada ke sambil cabut rumput2 kat kubur tu dia merokok. lepas dah cabut2 tu kan nak baca doa dan Yassin. so orang tak bertanggungjawab ni terus campak rokok dekat kubur yang dekat dengan kubur sedara dia. api rokok tu masih menyala tau. aku pun terfikir2 gak nak kutip, mana tau nanti orang marah ke kan. tapi disebabkan aku taknak aku terkena tempias dosa, aku pun kutip guna plastik then aku cakap " sedara, kalau kita yg masih hidup ni takleh hormat orang yang dh meninggal baik sedara gali kubur sedara sendiri ye ". aku pun terus jalan laju2 sebab takut aku lak yang kena kuburkan lak dengan orang tu. haha aku memang takut2 berani. tapi salah ke aku?
2. Tak tutup aurat
Bukan ke tanah perkuburan tu "ZON MENUTUP AURAT" macam masjid dan surau? kalau salah, tolong betulkan ye. bagi aku kalau kau nak masuk ke tempat2 macam ni baik kita cover sikit dari segi pakaian. sebab untuk menghormati tempat tu dan orang2 yang dah meninggal. aku tau aku ni bukan alim mana nak mempersoalkan benda ni. tapi kan aku cukup rimas tengok ada segelintir kaum hawa yang sewenang-wenangnya masuk kawasan tu dengan tak tutup rambut karat dorang. togel je kepala dorang, sikit pun tak bertutup. mak aih takkan nak pergi kubur pun nak tayang rambut mahal tu kan. even aku ni free hair, aku tetap reti nak pakai tutup2 sebelum masuk kawasan tanah perkuburan. siap pakai pashmina untuk cover kepala dan zippy shawl untuk cover badan.
3. Peminta sedekah
Tak salah kan kita menderma? memang betul benda tu tak salah langsung. tapi kalau peminta sedekah tu masih berkemampuan untuk menggunakan kudrat yang Allah beri tu wajib ke kita bagi? bukan tak iklas tapi just terfikir je kenapa eh dorang ni taknak berusaha bekerja? padahal kaki dan tangan masih kuat lagi. dah tu siap minum air coke dan sprite lagi weh. gilo lah. aku pagi2 raya pun tak minum air macam tu. peminta sedekah tu gak aku tengok macam bukan orang Islam je. yelah, siap tindik2 hidung lagi anak beranak dia. wah wah wah kayo lak kan. kalau aku tindik hidung ni kompem kena kejar dengan parang. hahaha lepas tu kan baju raya dia macam baru je. betul ke eh dorang ni betul2 tak mampu? besar sungguh pertanyaan aku.
hahaha kesian korang, mesti lenguh mata korang baca entry merapek aku ni kan. banyak songgeh ke aku ni?maybe lah kot. tapi tak salah kan kalau aku nak memprotes pasal benda2 ni. walaupun benda ni kita nampak remeh je, tapi bagi aku benda ni teramatlah besar.
p/s: sia-sia je usaha aku selama sebulan untuk mengecilkan badan. sebelum pergi rumah nenek, baju longgar, bila balik rumah sendiri baju aku tiba2 jadi ketat. haih...
8 sayang cik singe:
ntah la orang kita sekarang ni.. huhu.. macam2 ragam kan..
tahan lagi..
ni semalam g kubur siap buat mcm tempat shooting..
amik gambar bagai
@Si Pujangga
dunia akhir zaman.. biasalah tu
@cik najihah
dorang tak sabar2 nak kembali ke tanah la tu.. hehe
rokok:
ish jgn lah merokok di kwsn perkuburan, sesak nafas ahli kubur tu..
tak tutup aurat:
kita kena hormat pd ahli kubur, walaupun mereka xboleh nak mengorat anda..
peminta sedekah:
yg masik cukup sifat dan mampu tu bagi je sedekah lps tu minta tolong dia cabut rumput dan lumut.. pasti tahun dpn dia dah tade kat situ lagi..
@iMBobo
kahkahkah kejam sungguh!
huhu .. minta sedekah pn ade kt kubur.. tak pernah nmpak lg..huhu
@alif haris
nak tengok? cuba pergi kwsan perkuburan berdkatan dgn Kampung Malaysia tu.bukan stakat peminta sedkah je, jual ais krim pun ada. hehe
Post a Comment