iMBobo

belog tarzan gilak

Monday, August 22, 2011

Nostalgia lagu raya dan ANDA

aku dijemput untuk join segmen ni oleh abah khalisha. ni first time aku join segmen yang nak kena cerita nostalgia. takut pulak kalau orang lain baca nanti tak rasa pape.

*click banner untuk join

lagu apa ye yang aku nak pilih?hurrrmmm jap2 aku rasa tiba-tiba je aku rindu nak balik kampung. so aku nak pilih lagu BALIK KAMPUNG nyanyian Sudirman.


kenapa aku pilih lagu ni ye? takkan lagu ni pun boleh mengamit nostalgia aku kan. pelik tak? tapi tulah hakikatnya. kadang2 aku sedih bila kawan2 aku cerita yang bila time raya kompem dorang balik kampung. rasa nak nangis gak lah. tapi apa boleh buat kan. aku dah takde kampung. so mana lagi kampung yang aku nak tuju kan?

memang aku ada kampung sebelum ni. tapi selepas atok dan opah aku belah abah ni dah meninggal, kitaorang dah tak tau nak beraya kat mana. nenek belah mama aku ni lak duduk kat KL, bukan kampung pun. rumah arwah atok dan opah aku yang dekat Kuala Kangsar tu makcik aku dah jualkan kepada kerajaan negeri. so memang dah takkan dapat balik tanah tu. lepas tu tanah2 bendang, ladang, dusun dan tapak tanah pun dah dijual jugak disebabkan perangai tamak haloba makcik2 aku tu. so memang langsung takde peninggalan arwah yang dapat kitaorang jenguk lagi, melainkan kubur arwah..

seriously aku rindu sangat nak main kejar2 dengan ayam-ayam atok aku.best sangat tau main kejar ayam. comel je tengok ayam2 tu lari terketek2. sebab tu aku suka kejar dorang. geram sangat. kalau korang tak caya cuba korang buat lak. mesti jadi hobi korang lepas ni.

lepas tu kan, aku rindu nak merasa makan kuih bangkit yang arwah opah aku buat sendiri. sedap sangat. aku ingat lagi kalau dulu tiap-tiap tahun mesti opah aku buatkan banyak kuih raya untuk kitaorang. tapi kuih kegemaran aku mestilah kuih bangkit dan kuih bahulu. rindu sangat nak makan kuih arwah opah aku buat...

atok aku pulak kalau dengar kitaorang nak balik mesti dia sibukkan diri dia dengan menyembelih ayam kampung. lepas tu mesti dia pergi pekan dan beli kuih apam dan laksa kuala kangsar. sebab tu antara febret kitaorang adik beradik. dengan naik motor je dia akan penuh sebab nak belikan makanan yang kitaorang suka.. sedih bila teringat..

aku ingat lagi kemain berselera atok aku makan steak yang masak dulu untuk dia. pastu opah selalu pesan macam2 kat kitaorang. dia selalu cakap "belajar elok2 untuk tolong diri sendiri sebab orang lain takkan tolong kita"

aku rindu sangat nak tengok atok aku duduk dekat kerusi malas dia. rindu sangat nak tengok opah aku kopek bawang.. rindu sangat nak tengok rumah arwah atok dan opah aku. rindu sangat nak teman atok aku bersihkan gigi-gigi air dekat Sungai Perak.. rindu sangat.

panjang sangat je aku rasa aku buat entry untuk contest ni. kang naik boring lak pulak orang lain kan. kalau nak ceritakan semuanya takkan habis sebab masa aku diajak untuk join contest ni otak aku terus ligat mengingat balik kenangan masa beraya kat kampung.

p/s: hargailah masa-masa korang yang masih dapat beraya kat kampung. gunakan masa tu sebaik-baiknya. sayang atok dan nenek korang sebab nanti kalau dorang dah takde nanti mesti korang akan rindu kat dorang..

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

6 sayang cik singe:

Si Pujangga said...

huhu.. sedihnye bace..

pujangaga xde kg.. umah atok dekat jek ngan rumah.. :)

faridah nazurah said...

@Si Pujangga

untunglah ada atok lagi..

iMBobo said...

sama lah kite xde kampung, nenek datuk pun dua2 belah xde..beraya dirumah je skrg :)

zulhilmi.tempoyak said...

erk...munusuk jugak...
jemput la dtg rumah..huhu

faridah nazurah said...

@iMBobo

senasiblah kita ni.. hehe jiran terbaik :P

faridah nazurah said...

@zulhilmi.tempoyak

sedih ye? tak sangka org lain fham jugak walaupun byk kesalahan bahasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.