Fuhhh fuhhhh ( tiup habuk ). hishhh dah berhabuk blog cikai aku ni haa.. padahal baru je berapa hari tak update. hehehe biasalah raya.. orang lain dok korban lembu, aku lak dok korban blog ( takde kena mengena )
hehehe sebenarnya dah 3 hari aku demam. ni semua disebabkan lembu-lembu! cissss...heran tak kenapa aku cakap lembu yang menyebabkan aku demam? haha aku terkejut sebenarnya tengok lembu-lembu masa nak kena korban hari raya haritu # alasan paling bebal
* doodle lembu comel ni aku pinjam kat http://ceriterahafizah.blogspot.com/
mesti korang rasa nak cepuk je aku kan? yelah dah tau takut tapi tetap pergi tengok gak orang sembelih lembu. hehe masa tu aku kat rumah nenek aku, bila dah ramai-ramai tu aku rasa rimas. tu yang aku keluar dengan dukung anak sedara aku dan pergi kat lembu-lembu tu. mulanya aku berhajat nak ucapkan selamat tinggal je kat dorang ( sila percaya ), tapi bila aku dah dekat ada sekumpulan manusia dah sibuk menumbangkan lembu tu. hadoiii salah time pulak aku keluar. hambikkk kau!
bila aku dah tengok lembu tu lemah semacam je, aku terus nangis #aku memang tak reti malu. alahai aku rasa sebak pulak bila dorang nak sembelih lembu tu. ramai gile yang pandang aku..malu? hehe tak kot sebab aku dah takleh tahan bila tengok benda2 yang mengorbankan nyawa manusia mahupun haiwan.. mengiggil2 kaki aku. tapi aku tak tau kenapa aku stay je kat sane ( bajet2 kaki aku terkunci )
korang percaya yang aku pernah tak makan daging lembu sampai 12 tahun? hohoho silalah percaya sebab dari umur 5 tahun sampai aku masuk form 4 barulah aku start makan daging lembu balik. nak tau sebab apa? haaa sebabnya masa umur 5 tahun dulu aku pernah tengok Tok Itam aku dok korban lembu. dah lepas tu aku nampak lak lembu tu macam nangis. hati sapa yang tak rasa sedih kan?
sejak tu aku memang tak makan daging lembu. aku jadi vegetarian ke? ohhh TIDAK sama sekali! banyak kali gak mama aku pujuk aku makan daging lembu, tapi sorrylah. aku memang tak lalu nak makan. sejak daripada aku tengok orang sembelih lembu tu la, tiap kali raya korban je mesti aku takkan keluar rumah... family aku yang lain kompemlah keluar sebab semua suka tolong2 melapah la, bersihkan tah ape ntah.. dan time tu jugak mesti aku duduk dalam rumah nenek aku sorang2.
tapi bila dah start masuk form 4, aku terpaksa gak makan daging lembu. yelah aku kan duduk asrama. kang mati kebulur lak kalau tak makan. lagipun korang faham-faham je lah makanan kat asrama ni memang tak semenggah ikut selera kita. hehehe even aku dah try berjinak-jinak nak makan daging lembu, aku tetap susah nak menelan lauk yang berasaskan daging lembu. alahai susahnya hidup...
tapi sekarang aku dah okey la jugak. lagi-lagi kalau nampak double cheese burger, perggghhh dua bijik pun aku rasa macam celah gigi je ( bile kebulur je ). tapi daging tetap bukan makanan febret aku! hehehe :P
*terliur tak?
dah2. bila dah membebel pasal double cheese burger ni, tibe-tibe aku terasa lapar lak. ni yang nak pergi balun nasi lauk ayam masak lemak yang mama aku masak ni # tibe-tibe je
Nota Mintak Pelempang : Aku memang pencinta haiwan macam mana aku cintakan diri aku sendiri.. cewwaaahhhhhhhh~
31 sayang cik singe:
hahaa aku tak makan seafood. daging lembu favorite aku tuuuuuu! tiap hari makan pun tak mual! :DD
haha gila lah! sampai 12 tahun. tak makan sate? tak makan burger? hubat sungguh mu!
@NZ Diaz
behehehe mestilah makan! tapi kewe makang ayam punya je ( cubaan untuk berkecek belah pantai timur )
hehehe rugi lah tak mkn daging.kena mkan meat ball.sedap ooo.menanges tgk lembu tu?hmm rara pon same.seday kan.
Hebatlah, 12 tahun tak mkn
haha...den ni batu,kayu..je tak makan...haha...daging favourite tu..lagi2 yang double cheese ni..perghhh...
@rara pinkmafia
hehehe sekarang dah makan la..
@Lily
hebat? hahaha tak makan daging pun hebat ke?
ceiit!
meh sini nak sumbat daging dalam mulut...
da taw nikmat dia nty...mula la menyesal 12 tahun..huhu
@ain dzaya
hehehe tak menyesal pun.. yelah kalau kita rasa kesian kat haiwan tu, kita takleh makan kan?
untg gk duk asrama..klu x..smpai skrng..xmkn daging lembu kn..hehehe
@Eyda Dania
hahaha untung? takde maknenya.. lagi terSEKSA duduk kat asrama tu adalah
wahhhh 12 tahun tu tak makn, so sekarang dah makan, apa macam? sedap bukan? gi mcd order double cheese burgeer wahhhh sedap!
@Ain Zulaikha
double cheese burger memang SUPERB SEDAP!!!! hehehe
kira 12 thn tak makan mcd?? wow!
hahhaa mak dan nenek saya pun tak makan lembu tak tau nape...
tapi dulu pun kesian kat lembu yang kene sembelih tapi pastu orang tua marah... hehehe.
daging sedap.. lgi2 daging burger.. hhehehe
hahahaa sebab double cheese burger ke awak makan lembu
huh! lamanya tak makan daging lembu.. manyak rugi maaa... era paling suka makan daging lembu.. era pon tak tahu kenpa? mungkin disebbkan era lahir dalam tahun lembu kot.. hahhaha
rugi la...sedap la..lagi2 sup ekor..hehe
@iMBobo
hahaha eden makan je mcd.. tapi tak makan yang dging lembu punya
@! AzzaAzman @ Chempaka Sari !
yelah kalau kita rasa kesian kan takleh makan daging tu
@Bro Ahmad
hahaha double cheese burger salah satu sebab sy makan daging lembu sekarang.. hehe :P
@Fad
hahaha kalau sup ekor tu sy makan sup je, ekor tu sy tak makan
daging lembu wanie pn kurang makan..tapi xdela smpi 12 tahun x makan..haha..bile mcd makan je kan?lalala
hahaha. nasib kau tak makan, sebab bila kau kesian kat lembu tu if kau still makan daging korban tu berdosa tak silap aku. (TAK SILAP AKU LAH KAN). aku pun memula kesian gak tp bebuat hati kering je. aku tgk lembu kena korban sekali je. sbb kesian. aku kuat makan, kang aku tgk nnt aku kesian aku xdpt makan. ahahahahahaa
@EYFAalias
betullah tu KAWAN BAIK.. kalau kita kesian, xleh makan.. hehehe tapi aku baru start makan sikit2 je. hati dah tak kesian sgt.. hahahaha :P
~wah 12 thun lama tue..:)
heeee
dunia ni ajaib..geng cool blog sy ni cm ni pulak ye
heeee
x pela..skrg dh bole baham sebaham2nye daging
hehehee =]
ohh yaka dear? jarang jumpa org x makan daging lembu disebabkan reason mcm awk..lembut jiwa awk ya dear :)
Post a Comment