iMBobo

belog tarzan gilak

Saturday, November 5, 2011

Keyword pasal Anugerah Skrin 2011 yang memang mintak pelempang

Korang pernah tak benci dengan perangai masyarakat Malaysia? secara jujurnya aku memang benci dengan perangai sesetengah masyarakat Malaysia yang suka nak mengata orang je. nak tau kenapa aku tetibe benggang campur nak pelempang orang? nahhh tengok sendiri ------>

*click sendiri untuk besar gedabak

haaaa korang nampak kan keyword yang aku bagi warna-warni tu. bila aku tengok analytics kat Nuffnag aku, punyalah terkejut weyh dengan sikap manusia ni. nak je aku cepuk sekor-sekor. menyemak tepi kain orang je. 

first keyword yang buat aku berangin; anugerah skrin tak sembahyang. wait a minute. kenapa nak cari keyword ni ehh? bagi aku, sapalah kita nak judge orang sama ada artis-artis ni solat atau tidak kan? korang boleh fikir guna otak yang waras tu lah. jangan ingat diri kita ni perfect sangat. yang takleh blahnya ramai lak yang search. bukan aku ye.

keyword kedua; cakap-cakap anugerah skrin 2011. apa yang manusia yang search keyword ni nak tau ehh? sorry lah, kat blog aku ni takde nak sebar pasal artis tak tentu arah. ni blog peribadi! hanya ada luahan perasaan aku je.

hurmmmm yang mencari-cari gambar anugerah skrin tu maybe ada yang nak dok buat entry kan? alaa weyhh, aku dah blogwalking kat banyak blog lah. kebanyakannya semua tayang gambar-gambar artis dan siap kondem cara pemakaian dengan menamakan cara artis tu berpakaian. 

tapi boleh dikatakan banyak yang update pasal pemakaian artis-artis masa anugerah skrin tu adalah golongan WANITA! hishh buat malu kaum la. satu je yang aku boleh cakap, kalau korang dok tempek gambar artis2 yang tak cukup kain tu korang tak rasa ke korang dah sebarkan keaiban orang lain? macam mana kalau satu hari nanti artis yang korang dok tempek gambar sexy dan korang kondem tu dah insaf? dan macam mana even dia dah insaf, orang lain tetap boleh tengok gambar sexy dia tak blog korang? BERDOSA tak ehh? 

bukan aku nak menyokong baju-baju tak cukup kain tu, tapi bagi aku takyah la kita nak sebarkan. maybe ada yang akan cakap korang buat entry macam tu untuk menyedarkan orang lain. tapi kan, aku rasa baik tak payah korang nak meletakkan gambar dan menyamakan gaya artis tu macam2. cukuplah sekadar korang bagi satu pandangan dan pendapat secara keseluruhan tanpa memalukan mana-mana pihak. ingat ye, semua manusia ada aib sendiri. mungkin masa sekarang korang dok sebarkan aib orang, mana tau esok lusa aib korang pulak terbongkar? mesti malu kan?

kalau tak silap aku, agama Islam TAK PERNAH mengajar kita menegur seseorang tu dengan cara memalukan individu tu. sebaliknya kita kena secara personal dan kalau kita tak mampu nak menegur, cukuplah sekadar membenci dalam hati tanpa meluahkan. sorry mungkin aku tak cukup umur lagi, tapi aku ingat lagi apa yang aku pernah belajar dulu ye. tapi kalau korang rasa aku salah, korang boleh tolong betulkan.

ingat ye kawan-kawan, SATU JARI KITA MENUNDING KAT ORANG LAIN, 4 JARI MENUNDING BALIK KAT DIRI SENDIRI. baik jangan asyik membuka aib orang je. baik kita cermin dulu peribadi kita. dan kita takde hak nak hukum seseorang manusia tu

p/s: entah, tiba-tiba aku teremosi pulak ye. sorry ye kalau entry ni terlampau panjang dan mungkin ada menggunakan ayat yang tak disenangi. 


Kalau sudi silalah komen dan click Google +

16 sayang cik singe:

NZ Diaz said...

betul. kalau nak tegur cara berpakaian ke apa, jangan lah nak dok tunjuk gambar contoh yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

:)

Bro Ahmad said...

orang yang duduk dalam anugerah screen ramai2 tu kot yang search hehee..hot keyword

naim said...

:P

semoga program lagha bisa ditamatkan riwayatkan

sia-sia, mematikan islam secara halus.

faridah nazurah said...

@naim

amin...betul tu. program mcm ni memang dapat musnahkan agama islam sedikit demi sedikit

EYFAalias said...

dorg nk ckp dorg tu baik. semuanya bertutup. tapi padahal 2x8 je.

faridah nazurah said...

@EYFAalias

entahlah KAWAN BAIK, aku naik tergelak bila baca entry dorang yg dok mengata pasal tu..

Pen MErah said...

keyword yg pelik n jrg org cri kan?ehehe

KiMiE said...

haha..paling ramai lak tu..mengong tol..

..cik gugu.. said...

myb depa nk mkn pelempang hang.. sbb tu search mende cm tu ;)

faridah nazurah said...

@Pen MErah

entahlah..maybe takkan jadi pelik sebab baru je anugerah ni

faridah nazurah said...

@KiMiE

tulah pasal. hot betul keyword pasal anugerah skrin nih

iMBobo said...

kenapa keyword tu pelik2 ek..ramai plak tu yg cari huhu

faridah nazurah said...

@iMBobo

manalah eden tau.. yang eden tau eden pernah tulis pasal penunggu istana layak ke masuk anugerah skrin? tu je. tak pernah pulak dok kondem artis.

sergeant keroro said...

haha, pelik jek :p

aimie amalina said...

tapi mang banyak kan org hupdte pasal anugerah malam tu
tgk siket2 je..

[sutera kasih] said...

ada jgk org cari keyword camtu? apakah huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.