iMBobo

belog tarzan gilak

Friday, November 11, 2011

Nak kejar traffic dengan cara menfitnah?

hehehe rajin tak aku bangun pagi-pagi buta ni walaupun aku takde pergi sekolah pun harini? kalau korang nak tau aku memang selalu bagun pukul 5 pagi.. sebab masa tu fresh sangat2. tak percaya? haaa pergilah cuba sendiri.

tadi aku ada menjelajah kat satu group untuk blog dan aku ternampak satu entry yang mempersoalkan tentang ibadah haji Perdana Menteri kita. okey, sebelum tu, aku nak tegaskan yang aku bukanlah terlampau pro Kerajaan ataupun anti Pembangkang ehh. ini pandangan aku je sebagai manusia. takde nak politik-politik dalam blog aku ni.

aku percaya bukan dia sorang je yang buat entry pasal benda tu, ramai lagi kan? hahaha macam-macam jenis entry yang dibuat oleh blogger2 lain masa PM kita pergi menunaikan ibadah haji. kadang-kadang aku sekadar mampu nak geleng kepala je.

nak tau kenapa? yelah isi dalam entry tu dah cukup bagus dengan adanya pengertian ibadah haji dan firman Allah s.w.t tapi diselitkan dengan gambar2 PM dan keluarganya semasa di sana dan siap mempersoalkan ibadah mereka. bagi aku, mukadimah entry tu dah baik tapi kenapa perlu cemarkan entry tu dengan menambah fitnah? perlu ke? tak rasa berdosa ke masa korang buat entry macam tu ehh?

kenapa perlu buat entry macam tu? sebab nak tarik traffic ehh? hahahaha takyah nak desprate sangat. tak pernah dengar ke yang melemparkan fitnah tu umpama korang makan daging saudara korang sendiri

atau korang nak buat alasan sekadar untuk memberikan pandangan? err bagi aku boleh tu memang boleh nak bagi pandangan bernas ke hape. tapi rasanya elok korang tak specific benda tu kat sape2 dan rasanya tak perlulah kita nak menentukan sama ada ibadah orang tu mabruk ( betul ke aku eja) atau tidak ye.

hehehe aku tau aku ni mungkin tak hebat mana dalam bab2 agama. tapi kalau tak silap aku, agama Islam takde pun menggalakkan kita menghukum sesama kita kan? kalau salah tolong betulkan aku ye.

errrr apakata korang gunakan ilmu agama yang mendalam tu untuk kebaikan bukannya memburuk-burukkan orang.

maaflah kalau ada yang terasa. tapi kalau boleh sebelum nak buat entry bab agama ni apakata korang muhasabah diri dulu.. dan kalau boleh jangan terlampau terikut-ikut dengan pandangan orang lain. cuba korang buat entry tu berasaskan apa yang korang pernah belajar. kan lebih elok macam tu.

Nota Mintak Pelempang : sebelum kita nak menunding kat seseorang tu, lebih baik kita cermin dulu sikap dan amalan kita dulu. kan lagi best? ( ayat perli )

p/s: kompem lepas ni ramai yang dok kecam aku disebabkan terlampau radikal bagi pendapat. tapi aku salah ke?

p/s lagi: ini hanyalah pandangan aku je. harap maklum dan aku takde dedahkan sape pun blogger tu.

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

24 sayang cik singe:

era kecik said...

herm~ nak buat mcam mana lagik cik murai. orang akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan apa yang mereka nak tak kira yang cara tu betul ke tak.

Mohamadazhan.com said...

HA! pandangan yang baik. Puncanya adalah kerana media perdana juga sebenarnya. Cuba nilai dgn jujur...media perdana (akhbar dan berita) tak habis2 melontar fitnah. Atas arahan siapa? kalau bukan org atasannya juga. Buka macam2 isu sampai melibatkan perkara2 lucah. Memalukan kpd si anak2 kecil. Akibat kerana kepimpinan yang lemah ttg Islam. akan terus dcerca dek kejelakannya sendiri. Sekadar pandangan pemerhati politik =)

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

kalaupun PM ade buat hok tak elok ke dlm politik, tapi kalau bab ibadat, biarlah dia kan...tu kan antara dia dan Allah.kita doakan ajelah beliau dan rosma insaf dan lebih fikirkan rakyat.btul tak?

Bui Junaidi said...

betul tu..bui setuju..

bui paling tak suka kalau blog yg ada unsur politik ni..kalau jumpa terus blah..babai..

EYFAalias said...

betul gak tu kan. PM nak pegi buat haji sebuk nak mempersoalkan ibadah orang. itu Allah punya kerja. Kita jalankan tanggungjawab kita sudah la.

bila tak pergi orang sebuk mengata, bila pergi pn nak mengata. ntah apa yang xkena sgt ntah la.

faridah nazurah said...

@Mohamadazhan.com

okey mungkin betul. tapi rasanya kalau nak jadi pemerhati politik yg bagus, kita takleh nak bias. kena natural kan?

mungkin betul PM kita ada buat kesilapan, tapi rasanya tak payah la kita nak sentuh mengenai amalan ibadat dia kan? sape kita nak tentukan keikhlasan orang lain? kita ni tuhan ke? tak kan?

sedangkan Allah pun ampunkan hamba2NYA.. dan sedangkan Nabi pun maafkan umatnya. apa lagi kita yg sekadar manusia biasa? xlboleh ke kita nak bermaafan?

maaf, ini hanya pandangan peribadi sy dan sy hanya nak menegaskan kita sbg manusia takde hak nak mempersoalkan ibadah orang lain. itu aje.

sy ada tegaskan jugak pada awal2 entry yg sy takde berunsur politik pun. hanya pandangan peribadi je kan? so sila jgn mencampuradukkan isu politik dan agama ye. harap maklum

faridah nazurah said...

@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid

amin.. betul tu. lebih baik kita sama2 doakan mereka..

faridah nazurah said...

@EYFAalias

senang cakap, ni lah yang terjadi bila orang ramai dah tak reti nak bezakan isu politik dan isu agama!

NZ Diaz said...

sokong. walau kita benci dengan seseorang yang patut dibeni sekali pun, rasanya bukan jalan yang terbaik dengan membuka aibnya. kalau nak pergi nasihat hantar lah email ke kat pm tu. kalau gatal sangat nak mengata, pi mengata dengan family je.

faridah nazurah said...

@NZ Diaz

betul tu sis.. kalau betul niat kita nak menegur org lebih baik kita buat secara personal. bukannya dengan cara mengaibkan diri org lain

MakNgah said...

yelah masing-masing sibuk nak jadi tuhan nak pertikai ibadah org len.

Nyamuk Terbang said...

NT sndri pn xbrni nk buat entry psal agama
tkt xbtl kang
x psl2 kta sesatkan smua org

Ini Kisah Tia said...

Tia sendiri tak paham . kenapa perkara macam tu harus dipersoalkan????

Diana @ bilakukatacinta said...

entahlah TIA....pengomen yang mengkondem tu mungkin fikir - bila seseorang tu ' tak sempurna' dalam pentadbiran..'tak sempurna' dalam perkerjaan, ' tak sempurna' dalam ibadat.... maka, yang ada pada mereka hanya 'keburukan2' semata-mata...

sy bukan atas pagar Ok - sy baca semua media - just nak lihat dan cuba faham - gelagat2 manusia yg bertopeng - tak kata pro, dan tak kata pembangkang...

naim said...

salam..


sebab entry pasal agama kurang mendapat sambutan.

pasal DS NAJIB? ce bace, mufti pon tegur
http://www.malaysiakini.com/news/180738

beliau pemimpin pertama, dan beragama islam..

huhu

naim said...

penambahan..

politik dan agama tak bisa di pisahkan..

kerana alquran telah merangkum pelbagai aspek iaitu hukum jenayah, politik, muamalat dan sebagainya..

^_^

abah khalisha said...

cara terbaik untuk dapatkan dosa

faridah nazurah said...

@naim

mungkin agama dan politik tak boleh dipisahkan. tapi perlu ke nak mencampuradukkan fahaman politik dan hukum agama?

mungkin org ramai akan mula mencaci ibadah PM kita disebabkan ada seorang mufti yg turut mengkritik beliau. tapi siapakah mufti tu untuk mempersoalkan ibadah org lain? bukan ke dia pun manusia biasa? adakah dia terlampau maksum di dunia ni? cuba renungkan dan jgn cuba mencampurkan fahaman komponen politik ye dlm cara kita berfikir.

faridah nazurah said...

@naim

memang betul agama merangkumi segala hal. tapi kenapa perlu berat sebelah? kenapa perlu menghukum orang lain? siapa kita nak menghukum seseorang manusia tu? tuhankah kita ni?

ada ke tercatat dalam kitab suci Al-Quran yang kita sebagai manusia perlu menghukum ibadah orang lain?

semua orang dah boleh ramalkan isi hati orang ke? mcm mana nak pastikan org tu ikhlas? tahukah kita?

ingat, semua manusia bukannya tak pernah membuat dosa. mungkin selama hidup beliau pernah membuat kesalahan2. tapi tidak layakkah beliau utk mendapat peluang kedua?

haha sedangkan Allah pun mampu ampunkan hamba2NYA. ini pula kita.

Ku Azhar said...

waaa!!! stuju2...seburuk mana pun..even pencuri,amal ibadat dia kita xboleh pertikaikan..kita xtau apa yang dia berdoa..mungkin dia berdoa untuk dibukakan hatinya..xbaik anaiya orang...bukan pro kerajaan dan bukannya anti-pembangkang...masih memilih....hehehe

faridah nazurah said...

@Ku Azhar

betul tu ku.. kita mmg takleh nak pertikaikan amal ibadat orang lain. kita ni bukannya terlampau maksum utk menghina amalan org lain.

aimie amalina said...

huwaaaa
mang hot ni di belog geng cool blog ni
hehehehe.. ape2pon manusia itu semuanya sama kan.. kdg2 terleka kita menjudge org kan.. sedgkan org tu x cm tu pon..ingatkan diri mimi ni =]

[sutera kasih] said...

ada dgr isu tentang ni dr mulut org cuma x baca lagi..rasanya xnak bacala isu tentang tu kan dear..siapa kita nk pertikai ibadah hamba Allah yg lain kan.

pendapat yg baik dear..

faridah nazurah said...

@[sutera kasih]

hehe thanks sis.. ni hanya pendapat sy je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.