iMBobo

belog tarzan gilak

Saturday, February 11, 2012

HERBALIFE: Teringin nak jadi jutawan.. kau hado?


Aku ni teringin nak jadi jutawan Herbalife ala-ala Amalina Peter? ohh no! biar betul? haha ala biasalah tu.. tipulah kalau ada yang cakap dia tak pernah terfikir nak ada banyak duit. hipokrit sungguh kalau gitu~


heee actually aku baru je berkecimpung dalam bidang marketing Herbalife ni.. saje nak cari duit lebih kan.. lagipun sambil-sambil aku tolong diri aku menambah income, aku boleh jugak tolong orang lain jugak.. yelah dengan Herbalife ni ada macam2 produk yang ada.. bukan setakat minuman untuk mengurangkan berat badan, ada jugak produk kecantikan, produk kesihatan dan jugak produk untuk menggemukan badan pung ada! haaa bagi sesiapa yang badannya terlampau keding sampai terbang kena tiup angin tu bolehlah try produk Herbalife ni. mana tau satu hari nanti badan terus jadi solid-molid je.. insyaallah..

Aku tau mungkin ada yang akan gelakkan dengan kerja part time aku sekarang ni. ada jugak orang yang rapat dengan aku dok bahan je bila aku cakap aku nak try menjual Herbalife. tapi ada aku kesah? heee sebenarnya aku agak terasa jugak bila orang dok down-kan semangat aku. yelah, kita baru mula nak berbisness orang dah bising dok cakap macam-macam.. macam haremmmm jadah~

WAHHHH..LEPAS NI KAU JADI JUTAWAN SEGERA LA EHH ZURA..

fuhh serious aku terasa dengan sorang kenalan rapat aku nih. yelah, bukan nak menyokong tapi lagi buatkan aku sedih adalah. tak guna punya orang!

haha tapi nasib baiklah aku ni jenis yang malas nak amik kesah pasal pandangan orang lain. aku tau bisness ni banyak risikonya. kalau kita tak cuba macam mana nak nampak hasilnya kan? lagipun biarlah aku merasa jatuh bangun aku sendiri.. kadang2 orang yang selalu gagal akan lebih berjaya daripada orang yang sentiasa excellent kan? 

bagi aku, aku akan tetap positif dengan apa yang aku nak buat. aku taknak sesiapa pun memblock ape yang aku buat. biarlah kawan2 aku bahan2 aku, janji family aku tetap sokong apa yang buat.

errr sekarang ni pun, aku tengah dalam process untuk buat pelaburan emas.. mana tau kalau harga emas melambung naik,, fuhhh boleh la tidur atas duit nanti # angan-angan mat jenin jap

ehh ehhh lupa lak nak promote.. kalau sesiapa yang nak order produk Herbalife, korang boleh berhubung terus kat FACEBOOK aku atau isi je form kat bawah blog aku ni..

*isi je form kat bawah kalau berminat ye. takde paksaan :)

Nota Mintak Pelempang : kepada yang asyik membahan aku bila aku nak berbisness tu,kalau aku dah jadi jutawan mcm Dr. Rozmey tu jgn terhegeh2 lak nak berbaik dengan aku ehh. aku cepuk baru tau!

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

22 sayang cik singe:

Gary Asip said...

hehe... semoga berjaya.. setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. jangan peduli kat orang. AC mizal dulu dikutuk dengan perniagaan gelang beliau. tapi sekarang? ada 4 company dan gelaran datuk.. :)

btw, domain tu boleh bayar melalui bank transfer mahupun melalui online. mana2 pun boleh.. esok gary buat entri tentang macamana nak beli domain kat netkl.. jemput baca k?..

iAmCekbolat said...

bolat nak kurus.. nak kurus.. nak..nak.nakk.. haha

Pendamba Mawar said...

promote sakan..:)

Azzah said...

bagus..bagus..muda2 dah try bisnes dan pelaburan emas mmg untung..sekarang dah ramai yg buat..saya pun tengah try2 jugok..

Ezad Skytech said...

jgn pedulikan cakap2 orang yg cuba nak down2 kan tu...semoga berjaya..hee~

Khairul Kayz said...

wah!!! bagus2... teruskan usaha jgn putus asa... semangat mesti kuat!!

btw, kalau nak start pelaburan emas boleh try tgk sini http://khairulkayz.blogspot.com/
simple dan sng nak fhm bagi yg baru nak mula...

saya start bisnes pun dari bwh... mesti kene cekal hati dan jgn cpt give up! :)

ZULHILMI TEMPOYAK said...

tp herbalife tu...

hmm..
try je suma dl..

sbb byk rzeki slagi berusaha kn3.. :)

Munn Jaafar said...

semoga berjaya =)

apepun, bila nak berniaga betulkan niat dulu, utk apa berniaga?

K said...

gudluck! =)

biela bell said...

nak berjaya mmg byk halangan dik..
sbb tak semua berjaya tapi kita boleh berusaha jadi salah seorang dari mereka yg berjaya..boleh punyer..yang penting kena rajen k..

:)

Anonymous said...

seingat era , akak ade sebut lam status akk ari tur.. kan ..? hehe .. apa-apa pon gud luck ye kak .. era always support akak ^________^

:: part note tur : memang ramai orang camtu .. lalala~

nine said...

alaa, gudluck, hehe nanti bagi aku sikit wehh

Bobo said...

amboi, nak jadi mcm dr rozmey?hahaha.. tp tak deyg mustahil, teruskan usaha dan buat sungguh2 nnt jd kaya mcm dr rozmey hehehe

Falling . said...

wish u luck la macik ..

p/s : aku guna produk orang kampung .. ehehe .. pape pon still support kau ;)

nuriyliamalek said...

saye mmg beli pon herbalifee.btw,suke background blog ni :)

thanks sebab sudi tinggalkan link kat entry bloglist iylia :)

Unknown said...

bgs2 promotion ni! huhu goodluck :)

#support dari belakang :D

~Sal Ismail~ said...

nak berjaya mmg byk cabarannya..best of luck ya!~ =)

mz said...

buat bisnes ye skrg.. nak beli satu boleh tak?

semutsengal said...

biasalah tuu,


masa bill gates nak buat komputer, semua orang gelak jugak.

[sutera kasih] said...

good luck yaaa..pedulikan kata2 org yg dengki2 tu huhu..sy support awk dear !!! :)

aindzaya said...

xpe zura ..jgn putus semangat n mudah give up..keep it up taw semangat tu..ne taw t tibe2 jadi jutawan herbalife betul2..hehew


psstt...janji ALLAH untuk orang bakal berkahwin ♥

msredcheesecake said...

biz jual beli emas tu memang menguntungkan n susah nak rugi... good luck yea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.