Euuuwwww~ ada lelaki tua syok kat aku? betul ke? fuhh silalah percaya wahai manusia sekalian.. aku sekarang memang tengah mengalami satu tragedi yang sangat2 meremangkan bulu roma aku! geli tu weyhh...
hehe apelah aku ni.. setelah beberapa hari membiarkan blog aku bersawang, akhirnya aku kembali mengarut dengan cerita yang memualkan anak tekak kan? hee aku tau maybe ada sesetengah yang tak percaya. tapi hak korang la nak caya ke idok.. bukan masalah aku..
tertanya-tanya tak sape la si tua tak sedar diri tu kan? hee actually dia tu bekerja satu bangunan dengan tempat aku kerja. masa mula-mula aku start keje dia setakat datang kedai aku dok borak2.. bila dah lama-lama tu dia buat-buat tanya aku ada buayapreng ke tak. aku dengan bongkak hatinya cakap je la aku memang dah ada.
tapi bila dah lama sikit aku kerja kat situ, dia dah start sikit-sikit bertandang kat tempat keje aku then ajak lunch sama. aduhai aku ni dahlah jenis tak suka termakan budi. sebab itulah aku tak pernah pun terima pelawaan dia. lagipun dia tu dah kawen. kang aku lak kena kejar dengan bini dia..
heee sejak dua minggu lepas dia asyik dok paksa2 aku untuk bagi number phone aku kat dia. alasannya setakat nak kenal2.. ceit~ kau hengat aku ni berminat sangat ke nak melayan orang?
tapi kan.. tapi kan.. masa aku tengah tertonggeng2 buat kerja tadi, dia dok sedap je amik phone dia dan rakam ape aku buat! perghhh pastu siap pandang2 aku dengan mata stim nak mampos dia tu.. siot sungguh! camne aku leh tau? sebab dia ada cakap kat aku sendiri! tapi kan yang herannya aku takde lak pergi kerja pakai seksi-seksa ke hape.. selekeh serabai ada la. bangang betul!
aku nekad, kalau lepas ni dia nak over limit aku memang nak terus berhenti kerja! menyampah sungguh. yang takleh blahnya dia dahlah bangsa India, badan gemuk,boroi...euwwwww geli! Umur dia lagi tua dari abah aku lak tu.. fuhhh fuhhh mintak-mintak dijauhkan. bukan nak memilih, tapi kalau boleh aku taknak masa depan anak aku terlampau gelap (metafora).
Nota Mintak Pelempang :
Dah tua tapi miang keladi,
dunia kata pergi, kubur kata mari, tapi masih tak sedar diri.
p/s: aku bukan jenis gedik manja yang senang-senang nak bermanja2 dengan orang lain!
27 sayang cik singe:
hensem tak?haha
haha bhaya main rakam2 ni.ish...
India??Boroi lak tu...huh geli kot....yuck..minta di jauhkan la yea..
@CIK MAY
hensem? hensem ke kalau hitam, gemuk, pendek dan boroi?
@Pendamba Mawar
itulah pasal PM.. geram. padahal masa tu sy tengah sibuk buat kerja
@Kak Sal
betul tu kak.. sy yang kena ni lagi la rasa geli..
teroknye perangai dia
uikk klu da smpi thp rakam2 ni, bahaye! benti jela keja tmpt len, ^^
offt....nampak sadis di situ..hehe:D
eee p la repot .. geli aku .
be careful next time dear
eyuuuu...geli giler..kalau aku,dah lama aku tengking2..
Biasa la.kalau dah tua ni,memang gatalnya menjadi2..nak2 pulak kalau dilayan!!!Makin gatal laaaaa
Malang la.... Eee.. Memang geli.... Lari jauh2...
mendalam metafora tuh!! hahahahaha!!
@Gary Asip
bhaha akhirnya ada jugak yg faham metafora tu..
haha...metafora tu tak boleh blah..hipokrit kah cmtu? jom usha sini...:)
http://shinichiemre.blogspot.com/2012/02/hipokritnya-kau.html
erk..seramnyaa ><
akak seksi kot ? mggoda? kkdg takley slah kt org tu 100%.. aiyakk
erkk..menakutkan la..hati2..org miang mana boleh stop..huhu
gatalnya pacik tu huhu..sexual harrasment ni huhuhuhu
mmg masalah besar tu...huhu~
eeee... era dapat bayang ler.. geliiiii ... apa orang cakap ..? orang tua tak sedar diri .. hua hua hua .. =P
:: setuju ngan note tur.. hehe :D
kau nak aku pukul tak orang tua tu? hehehe
@EYFAalias
fuhh ganas gila kau wahai KAWAN BAIK.. kakuiiittt aku
miang nye orng tua.. tak ngadu kat orng atasan?
ish, tu dah kira gangguan seksual tu..buat je report, nnt kena lah mamat tu haha
Post a Comment