iMBobo

belog tarzan gilak

Friday, June 15, 2012

Penipu yang nak menjual emas tiruan di pagi JUMAAT!

Pagi tadi, ada dua orang manusia datang bertandang ke kedai emas tempat aku kerja. dia nak tolak emas ( jual balik ) yang dia ada.. 


Pelanggan: Dik.. akak nak tanya ni kalau tolak emas, berapa amik?
Aku: Akak nak trade in atau by cash? 
Pelanggan: Cash la dik.
Aku: Kat sini kami kira rm bla bla bla kak..
Pelanggan: Cuba adik kira akak punya gelang ni..


Aku pun terus timbang emas akak tu,


Aku: Kak berat emas akak ni 8.45 gram.. jadi, akak dapat rm bla bla bla kak..
Pelanggan: Yeke? okey jugak harganya. nak tolak terus la dik..
Aku: akak nak tolak terus ye? okey kejap ..


aku pun dengan segal-segal basah terus amik rantai tangan akak tu dan gesek sikit emas tu kat tempat menguji emas. tibe-tibe...


Pelanggan: Dikk, takyah la uji.. tu memang emas.
Aku: Maaf ye kak. ni memang prosedur untuk tolak emas. untuk uji sama ada emas atau tidak.
Pelanggan: Ala.. adik tak percaya akak ke? tu memang emas la..takyah di uji..
Aku: Tak boleh la gitu kak.. kena uji jugak. 
Pelanggan: Dah la.. aku cakap tak payah tu tak payah la.. bak sini gelang aku. aku taknak la tolak emas dengan kedai yang langsung takleh tolak ansur ni.
Aku: terima kasih ye kak.. tapi saya memang tak tipu. ini prosedur mana2 kedai emas.


Lepas tu dua makhluk Allah tu terus keluar dari kedai. aku pun terus ke tempat meguji emas tu. aku teringat yang aku ada gesek sikit emas dari rantai tangan akak tu. aku pun terus titiskan sikit asid pertama dekat calitan emas tu.. dan...

zaazzzzzz....


Sekelip mata je emas yang aku gesekkan tadi hilang. tu baru guna titisan asid yang pertama. belum lagi titisan asid yang lagi satu.. yang pertama pun dah hilang.. 

Untuk pengetahuan korang, asid ni salah satu cara untuk uji ketulenan emas. kalau kita titiskan asid kat calitan emas tu kita akan dapat tau ketulenan sesuatu emas melalui kepekatan warna emas. Kalau calitan emas tu hilang, maknanya tu BUKAN EMAS.. tapi mungkin emas celup atau emas tiruan.

Alhamdulillah.. nasib baik aku tak tertipu dengan 2 manusia yang penipu tu. nampak je baik. pakai tudung labuh.. tapi hati.. huh! manusia manusia.. memalukan sungguh!

Aku heran, kenapa la dia pagi-pagi jumaat pun dia nak menipu orang. tak rasa berdosa ke? fuhh nasib baik la.. kalau tak memang dah rugi rm seribu lebih kat tangan si penipu tu!


Nota Mintak Pelempang : Aku ni takde la bodoh sangat nak percaya orang bulat2.. Nak tolak emas? boleh... tapi kena uji dlu ye ketulenannya :)
      

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

19 sayang cik singe:

[sutera kasih] said...

mungkin dorg tu menyamar..guna tdg labuh nk burukkan nama org tdg labuh...jht sgguh..huhh..

nsb baik awk bijak hehe

Asyikin said...

wah, ilmu baru, baru tahu cara nak uji emas mcm tu ye. Hihihi

izzati_bloging said...

pergh ade jgak org cm nih...

msredcheesecake said...

dahla dia salah, marah2 plak tu...

roziahojijie said...

kau keje kedai emas ye ? msti best kan .. Tp bahaya lah .. becareful taw ? :)

Ikmal said...

Assalam, kalau nak menipu pun janganlah bah guna tudung labuh gitu... memalukan saja... Tak ada gunanya kalau dapat duit haram tu kelak nanti akan diazab dengan api neraka jahannam...

Tentang Kita said...

macam2 cara org nak menipu skang nie

ParkAir said...

nasib baik x tertipu.. orang nk menipu sanggup pakai tudung labuh, kopiah..

Azzah said...

nak menipu ada je taktiknya ye...mcm2.

eintan nurfuzie said...

la... ingt org x check ke..hehehe

EYFAalias said...

konon la kau tak ikut procedur tu nnt apa akibat? i mean kn emas tu palsu. Kalau kau xikut procedur kau amek je emas tu terus. Kerugian kau kena bayar lah ya?

Kesian kau. Takpe kena marah dgn customer pun, nasib kau ikut semua presedur tu kalau x xtahu la apa jadi lepas tu. Huhuhu

faridah nazurah said...

@EYFAalias

yup.. in case kalau aku dah TERterima emas palsu aku yang kena tanggung kerugian. sebab segram emas pun dah rm seratus lebih. ni pulak sampai 8.45 gram.. lebih daripada rm seribu..

sebab tu tiap kali ada yg nak tolak emas memang aku akan uji dlu ketulenan emas tu. takleh nak percaya cop 916 atau cop apa sekali pun. sebab cop tu boleh ditiru pembuat emas tiruan.

dan kalau bile di uji dengan magnet, kita akan tau gak sama ada benda tu dalamnya ada besi atau emas yg sebenar..

dan last, kitaorang akan potong utk tengok isi dalam emas tu. kalau dalam tu emas, mmg akan diterima. kalau bukan, kitaorang akan pulangkan balik dan mungkin laporkan kat polis atas sbb menipu.

tapi kalau ada yg dtg sekadar nak check ketulenan emas, kitaorang tak kesah. kalau yg menipu ketulenan tu yang memang nak kne pang kiri kanan..

Picoz Shupalula. said...

Pangggg sampai bpusing gitu

Hanie Dew said...

@[sutera kasih] setuju!!

Hanie Dew said...

semoga mereka mereka itu insaf..tak kemana dgn duit haram tu.

Izara4eva™ said...

kemain dia nak menipu haa.. mcm2 org skunk ni..

..cik gugu.. said...

hahahaha sengal .

Eera Shera said...

akak..akak pn sy x knl mcm mana sy nk pecaya haha

Jue said...

ooo baru aku paham nape ko post status camtu hr tu kat fb hihi

kesian org yg bpernampilan sopan tercemar oleh perangai diaorg ni ish ish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.