iMBobo

belog tarzan gilak

Tuesday, September 25, 2012

Merungut, Mengeluh dan Membebel..

Lama gile tak update, ni semua gara-gara busy membiasakan diri kat tempat baru. errr agak kekok sebab sekarang kena hidup berdikari. makan kena bayar sendiri, takleh nak bazir-bazir dan kena cuba buat semua kerja yang sebelum ni belum tentu aku akan buat kat rumah. hahaha itulah masa kat rumah pemalas, bile dah sampai kat tempat orang semua kerja baru la nak belajar buat. 

ohh ya, lupa lak. aku sekarang ni anak perantau. hahaha perantau la sangat. padahal takat Jengka, Pahang je pun. tapi kira merantau la jugak tu kan? merantau ke negeri orang yang penuh dengan ladang Felda. hahaha

huh, masa mula-mula aku dapat tahu permohonan aku ke UITM berjaya, memang gelabah la satu family aku. mana taknya pihak UITM kasi 2 hari je untuk mendaftar kat kampus yang dah ditetapkan. gilo! dah la masa tu tengah bulan. dorang hengat aku ni anak Pak Najib ke sonang-sonang nak cari duit bayar yuran? at least bagi la tempoh sampai hujung bulan, ni tak.. nak dan-dan tu jugak. perghhhh....

Masa tu jugak aku memang dah fikir 2 3 kali jugak la. nak pergi.. ke taknak pergi.. yelah, sape yang nak tinggalkan kerja yang income tiap bulan masuk je kan? dalam masa yang sama jugak, aku perlukan jugak Degree tu untuk buktikan kat mama dengan abah yang aku ni boleh banggakan dorang.

Nak tolak tawaran belajar ni memang payah, sebab masa dapat tau aku dapat UITM ni mama aku dah start2 nak menangis(suara tersekat-sekat bila cakap) dan abah aku pulak semua sedara dia dok mesej cakap aku ni dapat UITM. siap tulis Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat tu.. hahaha anak mana yang sanggup nak tolak kan bila nampak parents dorang dok mengharap kat dorang.

Jengka ni macam mana? huh susah nak digambarkan. tapi bayangkanlah aku dok dalam kampus yang sekelilingnya Felda.. memang la ada Bandar Jengka, tapi bandarnya tak serupa bandar. ape pun takde wey. barang-barang kat sini tersangatlah mahal dan berhabuk! hahaha kalau ada orang Jengka yang baca ni jangan la korang nak marah okey. aku just cakap benda yang aku nampak..

hahaha macam mana teruk pun life kat sini, kena la jugak aku bertahan. ala.. 3 tahun tu tak lama la.. pejam celik, pejam celik dah 3 tahun.. biasalah tu learning process memang la payah. mana ada belajar benda yang senang-senang je kan?

macam abah aku cakap;
"Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"

yup. memang betul apa abah aku cakap. susah senang yang aku alami untuk aku jugak. bukan untuk orang lain. hehe mula-mula je mengeluh, tapi dah 2 3 hari dok sini dah malas nak mengeluh penat la.. makanan mahal la.. kelas jauh la.. 

hahaha kalau nak menaip apa yang aku tak berkenan kat UITM ni memang banyak, tapi nak buat macam mana ikhlaskan hati dan luruskan niat je yang aku boleh buat masa ni.

hoho hari jumaat ni ada 1 je kelas, lepas tu boleh balik ke Kajang,Bandar Koboi! yeeehhhaaaaaaa....

Nota Mintak Pelempang: bersabarlah wahai hati.. bersabarlah jiwa raga.. bersabarlah anak tekak.. 3 tahun tu sekejap je. hahaha

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

13 sayang cik singe:

Izni Hafiz Abdul Rashid said...

Tahniah... at least awak dapat sambung belajar...

roziahojijie said...

Tahniah weii ! Pasni rajin-II la update lg ye . Gud Luck !! Heheheh :D

najihahfara said...

i used to stay there for almost 10 years. mmg kat situ bandar kecik je tapi ok lah dr x de..maaf menegur,mungkin akan ada yg tersalah faham dgn ayat awak tentang bandar tu. Better gunakan ayat yg lebih ok :)

Myra Jay said...

Betul tu, biar susah2 dulu nanti bersenang kemudian..

Selamat menjadi anak perantau dan selamat belajar ye ;D

boni kacak said...

wah..jengka?? jauh tu..hehehe

faridah nazurah said...

@najihahfara

haha sorry la klau terasa. tapi lain orang, lain la pandangan dia terhadap sesuatu tempat. but this is my first impression about Jengka. i'm sorry klau rasa ayat kasar.

Ezad Skytech said...

tahniah sbb dpt sambung belajar...relaks la..mula2 mmg la rasa kekok sbb dok jauh dari family...ala, 3 tahun bukannya lama...kejap je da habis nanti..hee~

eVa said...

xpa dik.. kejap jer tu..heheh.. mesti boleh punya...

AkuBiomed said...

Hendak menuntut ilmu perlu ada pengorbanan.

ch000tz axoera ヅ said...

congrats :D

zila manaf said...

rerajin ye...

[sutera kasih] said...

ehemmm...dh smbg blaja rupanya adk akak sorg ni, maafla akak lambat tau huhu..apa2pun, tahniia h yaa dek..ingt lagi entry awk dulu psl form 6? haaa terbukti dh kan..siapa kata form 6 x standard? hidupp form 6..ehh tiba2 hehe papun, study rajin2 ya dekk..3 tahun tuuu, apa2 ble jadi, awk kna pandai cari kawan..bkn memilih kwn, means, berkawanla dgn org yg blh bw kita sama2 berjaya..ingt tu dekk :)

jgn noti2 tauuu :P

biela bell said...

okay fine..aku ingatkan kau masuk UKM...ceh..btw..congratulation.. jengka memang kos sara hidup tggi..kena pndai berjimat ler..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.