iMBobo

belog tarzan gilak

Tuesday, June 21, 2011

Operation? haha gilo!

Cute Eggs Graphic
 
 hai peeps, harini kesakitan yang aku alami semakin berkurangan. haha kelakar gila lah. kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku operation mulut semalam. agak kelakar walaupun sakit tau. ok meh rapat lagi meh dengar aku cerita okey :P

cerita nye cenghini haa, semalam kan aku dah buat appointment dengan doktor pakar bedah mulut untuk operate ketumbuhan aku kan. then aku dengan takut-takut-berani pergilah Hospital Serdang macam biasa. ala buat2 cool. haha yeye je aku ni ha. appointment aku 2.30 petang tapi aku datang awal sikit, bersemangat siot. dah lepas tu, tunggu punya tunggu pukul 2.30 petang tu aku kena masuk dalam bilik tu. 

mula2 masuk tu memang nampak hebat dan cool je. bila doktor suruh baring je aku dah mula rasa sejuk. haih macam2 lah aku ni haa. sebelum dia inject bius kat aku, dia terangkan apa yang dia nak buat. dan dorang mintak kebenaran untuk simpan specimen ketumbuhan aku tu untuk diuji kat makmal. mak aih, benda tu pun nak simpan kan. kahkahkah. 

dah lepas doktor tu inject bius kat bibir aku,dia leh suruh aku duduk kat tepi kejap sebab dorang nak sediakan alatan. tak sampai 5 minit nurse panggil aku suruh baring dan mulalah aku rasa badan aku menggigil2 maybe sebab tension sangat kot kan. yelah aku asyik fikir benda tu sakit je. dah macam orang kena parkinson aku semalam. sampaikan doktor suruh nurse letak ntah apa benda nta atas badan aku taknak bagi bergerak, mata aku lak dorang tutup. fuhhhh nasib baik lah tutup mata, kalau tak memang terkojol aku kat dalam bilik tu haaa.

takut tau dengar masa dorang operate tu. yelah dorang just bius mulut aku je, bukan satu badan. macam2 aku dengar. nak apparatus 3.0 lah itu lah ini lah. takut gila bila dengar macam2 benda yang dorang guna. korang nak tau berapa lama aku dalam bilik tu? 1 jam 45 minit tau. macam2 aksi kaki aku buat. bersilang lah, goyang2 jari kaki lah, mcm2 lagi aku buat sebab bosan tau tunggu dorang operate. al-maklum lah mulut makcik ni dah dibius so takde lah rasa sakit sangat. tapi kan, kenapa aku dapat rasa sikt kesakitan masa dorang godak2 mulut aku ye? adakah sebab bius tu tak kuat atau aku yang terlebih kuat. hahha lu pikir lah sendiri. 

dah abis aku operate tu aku kena pergi farmasi amik ubat. mak aih, lama gila lah. dorang ni agaknya tak berfikiran kot. mana taknye kalau ye pun bagilah aku ni dulu sebab aku ni baru operate, yang lain2 tu aku tengok takde satu kesan luka pun. aku faham memang lah kena ikut nombor giliran. tapi korang nak tau tak, orang farmasi tu boleh kategorikan aku ni pesakit biasa? 'pandai' kan dia tu. aku punya merana menunggu sebab aku dah mula rasa sakit effect dari operation tu. mcm nak pitam aku. nasib baik aku selawat je. takde lah aku pengsan bagai. dah lebih kurang 30minit aku tunggu barulah aku dapat ubat. takleh blah tau ubat yabg dorang bagi aku. nak tau apa? haaa dorang setakat bagi aku panadol dengan oil gel je weh. takde langsung antiseptic untuk kumur, antibiotik dengan ubat berkenaan mulut ni ha. teruk kan?

lepas dapat ubat tu, aku pergilah amik MC kat bilik doktor. ni lagi satu benda yang membuatkan aku benci. dia just bagi aku sehari je MC weh. nak tau apa alasan yang nurse tu bagi? "operation ni kecik je, esok mesti dia elok. dah boleh pergi sekolah". mama aku terus terdiam sebab malas nak bising2. kalau difikirkan dengan akal yang waras, boleh ke sembuh dengan hanya makan panadol dan berehat setengah hari dan esok pergi ke sekolah. dorang tak fikir ke aku ada kesukaran masa makan semua. aku yang setakat makan bubur je luka jahitan tu boleh berdarah, ni lak nak suruh aku pergi sekolah dengan panas, dan memenatkan. Ya Allah. apa lah yang dorang fikir ye.

malam tu dengan makan panadol je aku tetap rasa sakit lagi tau. mama aku terus pergi beli ubat tahan sakit sebab serious aku memang sakit yang teramat sangat. bibir aku bengkak teruk. tapi tidur tetap lena tau :) hee aku ni bukan boleh kurang tidur. tidur tu je pengubat sakit aku ni ha..

pagi tadi mama dengan abah aku bawak aku pergi klinik dan mintak ubat yang sepatutnya. barulah aku dapat ubat gel sapu, ubat tahan sakit dan ubat kumur tau. hehe jangan dilupa, aku dapat DUA hari MC tau. yeeehoooooo... lega makcik ni ha. kang terkejut pulak orang tengok mulut aku kalau pergi sekolah lak kan kan kan.

aku selalu ingat cikgu aku cakap; KITA NI MAKIN LAMA MAKIN MENINGKAT USIA, DAN MASA TU LAH MACAM2 PENYAKIT DATANG MENYERANG
 
betul kan apa yang cikgu aku cakap tu? btw, aku dah nak 19 tahun weh, lagi 3 hari je lagi. huhu tak sangka dah tua aku ni. muka masih tak tua2 lagi. weee :p

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

14 sayang cik singe:

Muttallif said...

Benar, segala penyakit bakal menyerang semasa usia akan meningkat...tetapi tahniah kerana menghadapi operation tu....berani..kalau saya...dah lari kot^^

Unknown said...

@taliff

haha memang rasa nervous gila lah. nervous mcm nak reverse je :) hehehe

Alif Haris said...

saya pn penah operation mulut buang ketumbuhan .. huhu .. ngeri gile bile teringat waktu tu .. urrghhh !

Unknown said...

@alif haris

hoho sapa yang tak takut kan kena operate? mestilah ada goyang2 sikit. hee :)

stellaizz said...

aku pon sama klu jmp doc ye....mesti gigil :) huhuhuhuhu sbb tu klu dah betul2 sakit tahap gaban x lehh tahan bru jmp doc :)

Unknown said...

@stellaizz

haha aku lak takut nak jumpa doktor. tapi takut ble nak operate. terketar2 badan ni haa

nadzli azlan said...

operate ? huaaa ~ :) ketakutan melanda !

lawatan balas + follow + komen skali :)

Unknown said...

heheh best bace.. tp hospital kerajaan mmg cmtu kn, kne menunggu, ubat pn ala kadar je.. huu.. anyway get well soon sweetie! ;)

Kyra Elric said...

seream sejuk dgr huhuhu

Unknown said...

@nadzli azlan

haha jangan lah menangis, sikit saja adik manis :p

Unknown said...

@bumbleB

yup2 biasalah kalau government punya. tp kalau swasta punye pulak mahal mencekik darah.

Unknown said...

@Pojiekyra

haha takut ke? belum kena sendiri. agak sakit tau :)

fatinShuk said...

seram jugak dgr ..

Unknown said...

@Cik Fatin Shukri

kahkahkah dah mcm cerita hantu lak ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.