iMBobo

belog tarzan gilak

Sunday, July 31, 2011

awak, awak,, tolong amik balik 'benda' awak ni ye..

korang pernah tak family korang kena dengki dengan orang lain? ada tak yang gunakan cara kotor (makhluk halus) kenakan family korang? ok kali ni aku nak cerita benda betul, dan bukan hanya merepek meraban ye.


harini  nenek aku buat kenduri untuk mengalu-alukan bulan ramadhan. so aku memang sah2 bangun awal punya sebab mama dengan abah nak bawak nenek pergi pasar. masa aku tengah lap2 kereta tu, mama aku terkejut sebab kat tepi pangkin(tempat duduk) kat luar rumah aku ada limau yang berdarah. sebelum ni mama pernah gak cerita benda ni kat aku, tapi sebelum ni mama buat bodoh je. sekarang memang buat kitaorang gile2 nak tau pasal apa benda alah tu menyepah je. so abah pun suruh mama amik plastik then bungkus untuk tunjuk kat paksu aku. paksu aku ni pengamal perubatan. tapi bukan bomoh tau. kang dilaknat ALLAH kalau main bomoh2 ni.


bila dah sampai rumah nenek tu, kitaorang sempat lagi pekena beehon soto kat pasar. hee :) tapi aku dok dalam kereta je. malas nak turun kereta. lepas tu tolong2 nenek aku potong2 sayur dan kopek bawang. urrmm,, bila dah lepas Zuhur tu paksu start baca doa untuk mintak berkat. bila dah tenang2 tu, mama aku start tanya kat paksu aku dan tunjuk limau berdarah tu. paksu aku punya terkejut menjerit2 suruh buang cepat. nak tau sebab apa? sebab paksu aku cakap benda tu orang hantar. kalau kita amik lebih kurang macam kita redha nak kena.


kitaorang dah naik panik. masa tu gak kitaorang naik heran kenapa benda ni boleh jadi balik. aku perasan benda orang dok hantar2 'benda' ni giat jadi lepas kitaorang renovate rumah. masa rumah aku baru je renovate memang lagi seram oi. 'benda' tu siap goncang2 grill nak takutkan family aku. sebelum ni ada orang gak yang menghantar sebab dengki. apalah yang didengkinya ye? nak kata kitaorang ni kaya, mak aihh takdelah. biasa je. aku bukan dok rumah banglo ke villa. rumah teres je oi, tinggal mama dengan abah aku ada duit lebih, so dorang renovatelah sikit. itu pun dorang buat sikit2, bukan sekaligus.nak kata abah aku kerja besar2? takdelah, abah aku setakat kerja biasa dan hanya mampu untuk kitaorang je.nak kata kitaorang pakai kereta besar? ohh no! kitaorang hanya mampu pakai kereta biasa je yang muat2 untuk kitaorang. tu pun ada yang mengdengki lagi. hish kesian aku tengok mama dengan abah aku ni. padahal kitaorang takde pun dengki2 dan tak pernah terlintas nak mintak pertolongan iblis untuk kenakan orang lain.


haish, manusia manusia. kenapalah sampai jadi jahil macamni. paksu aku ada tanya gak ada benda pelik2 tak jadi. so aku ceritalah apa yang aku kerap mimpi. benda tu aku mimpi banyak kali. scene yang sama tapi hanya 'benda' tu asyik tukar2 menyerupai ahli keluarga aku. pelik kan? tapi nasib baik dlm mimpi tu aku tak pernah menurut cakap dia. kalau tak,, memang habislah.. haa paksu aku cakap ada orang hantar 'hantu raya' untuk 'abiskan' family kitaorang. korang agak2 kenapa ye ada manusia yang nak sangat kitaorang meninggal? heran aku. then paksu aku cakap benda ni sebenarnya orang tu tanam kat depan rumah aku. tapi alhamdulillah, Allah lagi besar daripada iblis tu. Allah nak tunjuk ada yang mendengki. aku bersyukur sangat sekurang2nya tau jugak.


tapi kan paksu aku taknak bagitau siapa yang hantar benda tu. nak tau kenapa? haaa paksu cakap dia taknak bagitau sebab takut nanti kitaorang simpan dendam dengan si penghantar tu. so paksu just suruh kitaorang berdoa dan banyakan ibadat. tapi paksu aku cakap, jgn sesekali mintak orang yang menghantar tu benda yang tak elok. tapi berdoa agar dia amik balik 'benda' dia tu dan hentikan semua ni.


aku harap sangat orang tu bertaubat dan jangan buat macamni kat aku atau orang lain. aminn.. kbye. korang sama2lah doakan orang tu lembut hati ye.

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

27 sayang cik singe:

bez.amin said...

sentiasa bc ayat kursi, bia lama2 hati ni otomatik bc sendiri tnpa perlu diucap kt mulut.
sgalanya dgn izin Allah, jin xde kuasa..

Solihahazahar said...

perbanyakkan bace al-Quran gan Yassin :D

SoLy SoLicious said...

stuju nan komen2 atas,..
bykkan solat hajat, bc ayat kursi,surah yaasin...

Unknown said...

bez amin, Solihahazahar, SoLy Solicious:

thanks ye. sy selalu ingat yang ALLAH lebih berkuasa dari jin2 iblis semua.

Rean said...

aih esok puasa sempat lg die buat kje tu.. mcm @bez amin ckp bace je ayat kursi..

Selamat menjalani ibadah puasa! poce jgn tak poce.. hehe

Unknown said...

@iMBobo

biasalah manusia. hati org mana kita tau kan. thanks ye singgah

AzatLazat said...

ada jugak sedara mara pernah kena..
susah kan kalo manusia ada hasad dengki ni.ada je yang tak puas hati
haih..

Unknown said...

@AzatLazat

betul tu,,

afzalsukasuki said...

sediakan rumah hantu di hadapan rumah supaya 'benda' tersebut ada rumah sendiri untuk digoncang :P

# pendinding rumah dengan bacaan Al Quran dan azan :)

tushii said...

babe, family i selalu oh kena. parents i kan buat bisnes, so benda ni dah jadi cam biasa.kadang kalau kita cite orang tak caya.kita yang dah pernah lalui ni jela yang faham kan.btw,lumrah lah kan.btw,bak kata orang,biasa ah orang melayu suka sangat nak mendengki,tah apa yang nak didengkikan pun tak tau ah.rezeki masing masing.pasang surut kehidupan kerja tuhan,aite?

sherotpetot said...

ngee membe sherot pun penah kena gak camni.. seram dengar dia cerita. papa pun kena sentiasa ingat Allah lah :p

Unknown said...

@Aku Afzal

hoho boleh lak macam tu eh. takde takde. 'benda' mctu takleh diikutkan sgt kehendaknya

Unknown said...

@tushii

betul tu. Allah ni ada untuk kita. kalau ada yang nak mengdengki biarlah. nanti esok lusa dia akan kena yg setimpal.

Unknown said...

@sherotpetot

memang betul seram tau. kalau kena sendiri lg seram :P kidding je

Etong said...

menakutkan. hermm. macam2 org boleh buat dgn percaya bnda2 mcmni. syirik tau. harap2 org tu mendapat blsan setimpal dgn perbuatannya. sepatutnya dia sedar, perasaan cemburu itu adalah sifat syaitan. insyaAllah, etong doakan keluarga kamu x apa2.

Unknown said...

@Etong

aminnn..thanks ye. jasamu dikenang. hee :) betul tu, mintak pertolongan Allah lagi baik daripada mintak dari 'benda' tu

izzati_bloging said...

harap allah bkk kan hati org tuh.. jgn la aniaya org.. dose taw

Unknown said...

@izzati jerr

amin.. betul tu tarzan oi, aniaya2 org ni mmg dosa.

kotak bulat said...

jiran kb pun pernh kene lebih kurg cm ni.. pape pun selalu baca ayt kursi ye

immysf said...

pelik kan? daripada dia dengki, siap pakai guna-guna utk jatuhkan orang. lebih baik dia simpan je duit tu buat renovate gak rumah dia. habis cite. hehe.. xpe, kuatkan semangat ye.

tiada siapa lebih berkuasa melainkan Allah SWT. ;)

halidaRahman said...

vulan2 posa pon ada jugak kan org buat benda terkutuk cm ni ?

Allah maha kaya. Jgn takut k, banyakkan solat , zikir. Sbeelum tisu, baca doa tau ;)

raziellia said...

ada jugak buat benda mcm nie.. tak takut dekat Allah betul lah.. haishhhhhhh

Alif Haris said...

manusia ni klu hati tu busuk memang suka buat bnde cmtu kt kita ..
sabo je ler ..
doakan je la agar die kembali ke jln yg benar ..

Muttallif said...

Manusia, Manusia...kalau dah berhati busuk....begitulah gamaknya

fisya sabri said...

masih ad lagik org mcm ni erk?! huh! sungguh jahil

Ayu said...

setiap manusia punya hati yang berbeza, dan sebaik2 manusia adalah yang beriman pd Allah, dan sejahat2 manusia adalah yg menyekutukan Allah, moga Allah membalas baik buruk seseorang itu..
hiasi dan dindingkan rumah dgn ayat2 Al-Quran, InsyaAllah segala apa yg dihantar ditukarkan kpd rezeki dan rahmat melimpah ruah...
salam kunjungan buat pertama kali...
=)
salam Ramadhan

Gee said...

rambut sama hitam..hati lain2...hasad dengki yg tidak berpenghujung...manusia yg tidak takut pada ALLAH akan mencari yg lain untuk disembah...semoga mereka itu bertaubat..family gee pn penah kena...nauzubillah mintak kita semua dilindungi...

amalkan...surah2 alquran serta zikir munajat untuk dijauhi segala kejahatan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.