hello peeps, kesian korang kan asyik2 mengadap post aku pasal segmen je. hee :) bukan apa aku memang serious busy. al-maklumlah STPM dah nak mai ni.. bajet2 selak2 buku sikit. so memang takde masa sangat nak update cerita2 nih. yelah, aku ni kan bila dah start menaip je mulalah sawan menaip. punyalah panjang entry aku lak kang.
ok kali ni aku nak bertanya kat korang yang bas RapidKL ni ada yang dikhaskan hanya untuk wanita ke? aku tanya soalan yang agak bodoh ni bukan saje2 tau. aku memang curious nak tau sebab setiap pagi aku kan naik bas untuk ke sekolah. so pagi tadi adalah pertama kali aku naik bas yang memang hanya perempuan je jadi penumpangnya.
cenghini ceritanya, harini macam biasa aku bangun la pukul 5.30 pagi sebab takut lambat ke sekolah. dah siap2 tu, dalam pukul 6.40pg tu aku bergegas keluar sampai ke hentian bas. masa tengah syok2 jalan tu tiba2 aku ternampak bas mini yang sepatutnya aku naik dah jalan. mak aih, aku dah terlepas bas lah. lambat la sampai sekolah nanti (hati aku bersunggut). lepas tu aku pun doa banyak2 biar ada bas lagi, so aku pun turunlah tangga. fuhh tepat2 aku turun tangga, ada satu bas RapidKL dah nak jalan. aku pun apa lagi, terus lah tahan bas tu dan naik.
dah naik bas tu, aku nampak semuanya perempuan je dalam bas tu. aku pun agak heran tapi aku buat tak tau je, malas nak menyebok menyelidik. kahkahkah ada part yang kelakar tau. driver bas nih langsung tak berhenti kalau lelaki yang tahan bas. sampai ada yang kejar2 bas tau. naik tergelak aku tengok. bukan sekali je, tapi sampai 3kali ada lelaki tahan bas mesti driver ni taknak berhenti. tapi kalau kat bus stop tu ada perempuan, takyah tahan pun pakcik driver ni berhenti. haih heran2. agak pelik kan? so dah sampai Kajang tu aku pun turunlah bas dan terus pergi depan bas sebab nak tengok ada ke tanda "UNTUK WANITA SAHAJA". e'eh tapi tak nampak tau sign tu. pelik pelik sungguh.
dah tu aku malas nak sibuk2 lagi terus jalan sampai ke sekolah sambil memikir kenapalah driver bas tu taknak berhenti kalau lelaki tahan eh? besar punya tanda tanya dalam otak aku nih.
so korang ada tak jawapan untuk persoalan yang membelenggu aku ni? aku rasa nak tau sangat. tapi kalau betul yang bas RapidKL "UNTUK WANITA SAHAJA" tak wujud memang takut aku nak naik bas yang pakcik tu bawak lain kali. bius sungguh. tapi kalau betul ada bas tu, dah sah2 aku akan naik sebab semua perempuan. so terasa safe dengan kaum sejenis nih. yelah aku ni pemalu orangnya :)
haa kan dah panjang aku menaip nih. aku harap korang bagi jawapan ye. hee :P ok lah bye. chill guys
5 sayang cik singe:
perghh.. dah mula ke...cian ler pulak kaum lelaki t
@SoLy SoLicious
e'eh sebenarnya ni persoalan yang sy agak tertanya2. sy tak tau sama ada memang ada atau tidak.
Diana pernah mimpi yang ada bas RapidKL untuk perempuan je. Sampai masuk mimpi tu woi. Hahaa! Btw adik Diana cakap memang ada bas untuk perempuan sahaja
@Dianaa
lah yeke.. barulah sy tau. sebab selama ni main naik je.
haha. tak pernah tau ada bas untuk pompuan saja.
sian la laki kan. haha
kalau mmg ada, jaga2 la ye. hehe :p
singgah untuk terjahan kedua~ ^^
Post a Comment