iMBobo

belog tarzan gilak

Sunday, July 24, 2011

Main futsal macam main ragbi

 <amaran: sila jangan gelak bila baca post ini>

 *muka skema dan  putih macam NEGRO

hai peeps, ingat tak semalam yang aku cotcet pasal FUTSAL? haa mesti ingat kan. so harini aku nak cerita cerita kelakar aku lawan futsal tadi.


harini kat sekolah aku ada Kejohanan Tingkatan 6. so dah sah2 lah aku masuk kan. aku ni mula2 malas nak masuk apa2 aktiviti, tapi bila difikirkan markah kokorikulum aku yang tak memberangsangkan, so aku main masuk jelah. pada mulanya aku nak masuk bola jaring, tapi dorang semua angkut nak bagi member2 dorang je. aku dah malas nak kecoh2, aku terus masuk futsal je. hee :) padahal tak reti main pun.


nak dijadikan cerita, masa mula2 sebelum main tu kitaorang pun try2 lah main dulu. cehh aku still sepak bola kero siot! takut lak aku kang aku tak dapat nak defend gol. masa Elyna(kapten) pergi undi giliran, kitaorang punyalah berdoa jangan kitaorang start dulu. nervous gila. pastu tiba2 cikgu panggil kitaorang sebab kitaorang yang main first dengan budak Yu Hua (Sekolah Jenis Cina). perrrrggghhhh besar2 siot badan dorang, tinggi pulak tu. kalau kena rempuh memang tergolek lah aku #hatiakumengeluh.


memang ganas sungguh dorang main tau. siap main rempuh2, masa mula2 tu aku main agak macam podan sikit. lembik semacam je weh. pastu ada sorang striker ni nak rebut bola dengan aku, bila aku pass je bola kat membe aku, then dia terus sepak kaki aku. sakit gila kaki aku. tak hengat sakitnya. start from that, aku memang dah cukup sabar dan nak teruskan rentak permainan yang kasar macam dorang. apa aku kesah kan. kahkahkah #gelakkejamgila


aku bangga walaupun sebelum ni aku sepak kero je, tapi masa lawan tu aku sepak ok je weh. siap boleh amik bola guna lutut je. tapi striker Yu Hua ni lagi terer, siap boleh guna dada lagi. kagum aku tengok. macam pro je. tapi aku rempuh je sapa yang dapat bola. dah macam ragbi je aku rasa.hebat jugak aku rempuh2 orang nih. yang striker ni lak asyik attack aku je. siap kepung2 lagi. maybe sebab aku main ganas gak kot. hee :) mana taknya, aku siap sepak bola kena perut striker dorang lagi. haa sapa suruh dia dok halang2 aku. memang banyak foul yang aku buat.


tapi yang memang herannya, dorang ni semua nampak tegap2 tapi bila aku yang kurus nih rempuh dorang leh lak jatuh. aku memang mengaku aku ada gak nak jatuh, tapi cover2 lah kan. nasib baik balancing aku ok, kalau tak memang dah tergolek dah. hahaha kelakar.


aku memang dah nak semput dah tadi. tapi bila difirkan nanti sapa yang nak defend gol, terus aku pujuk dada aku ni jangan semput. hahaha akhirnya berjaya jugak aku dan eika jaga gol weh. kitaorang seri  0-0. so kitaorang terpaksa penalti untuk tentukan sapa yang menang. tapi nak buat macam mana kan, kitaorang takde rezeki nak menang. dorang dapat 1 gol. sedih jugak aku rasa. tapi takpe takpe sebab kitaorang kalah pun dengan bermaruah. ala dorang tu menang dapat penalti je #ayatsedapkanhati


aku bangga sangat dengan diri aku weh. bukan nak puji diri sendiri. tapi serious aku dapat rasa hebatnya aku dan eika kawal gol tu. kalaulah diberi peluang lagi, memang sah2 aku akan main bermati-matian. haa sapa nak try main rempuh2 dengan aku?


C.O.CO.N.U.T is kelapa,
tak menang pun tak apa,
it's ok, it's alright,
come on gang, fight, fight and fight.


p/s: MENANG atau KALAH tu adat pertadingan. walau pape pun aku memang enjoy sangat main tadi. rasa macam nak main lagi weh.


kbye. penat dah jari aku berjoget ni haaa...


Kalau sudi silalah komen dan click Google +

0 sayang cik singe:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.