iMBobo

belog tarzan gilak

Thursday, August 25, 2011

Penyakit hati dalam diri sesetengah blogger

PERINGATAN: ENTRY NI MUNGKIN AKAN MEMBUATKAN SESETENGAH YG MEMBACA SENTAP.

Benci? Iri hati? Dengki dengan kejayaan orang lain? haaa kalau ada sifat ni dalam diri korang, baik cepat2 korang pergi mintak doktor basuh hati korang dengan air zam-zam. kalau takde effect jugak baik korang terus gantung diri kat pokok tauge je. kan senang.

kenapa aku emo sangat malam2 buta ni? entah lah. kepala aku dok pening tengok sana sini ada je blogger yang tikam blogger lain. ada je yang cuba nak jatuhkan semangat orang lain untuk berblogging. sudah-sudahlah buat khianat dekat orang lain. tak kemana pun. cuba korang dok muhasabah diri sikit sebelum nak buat orang lain. sumpah aku benci dengan manusia yang  berhati busuk bila tengok kejayaan orang lain. sabar lah oi. tau kau pun nak naik jugak kan? pelan-pelan kayuh lah babe. takdenya orang lain berjaya dlm masa sehari dua tanpa usaha.

aku ni over kan sampai nak marah2 padahal bukan aku ada kena-mengena pun dalam isu tu. tapi aku ada gak hak sebagai blogger yang baru tau dunia blog ni haa. aku rimaslah bila datang menjenguk ada je entry2 yang menjatuhkan maruah blogger lain. cubalah buat entry yang baik sikit. korang nak ke naik setelah korang mengaibkan orang lain? korang rasa jalan tu diredhai ke weh? ingatlah, kat sini memang kau boleh naik dengan kejatuhan orang lain. tapi balasan kat "sana" nanti macam mana? tak takut ke?

nak jadi top blogger? boleh, memang boleh. tapi cuba tukar sikap dlu bagi hormat sikit orang lain.

haha marah bebenor aku kan? aku tau blog korang memang hak korang, tapi korang tetap takde hak nak jatuhkan orang lain kan? fikirlah, kau nak naik, dia pun nak naik, dengan aku2 sekali pun nak naik. aku bukan nak menangkan sebelah pihak, tapi cuba kau belajar adab sikit. back to basiclah kawan. ingat "earth to earth,ashes to ashes, dust to dust". tak faham qoute ni? lu pikir lah sendiri.

errrrr aku ada tersilap fakta ke pasal benda ni? hehe :)

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

13 sayang cik singe:

Jahidih Saili said...

marah trhadap prkara xbaik tandanya beriman..:)sabarjelah..mmg trdpt segelintir blogger mcm tu..

kotak bulat said...

hehehe.. mrh... adat manusia ada perasaan dengki.. beza kita, cara kita mengawalnya kan. :)

Mrs Nury said...

Akak pon penah kena dulu, sekali.. gan adik blogger yang berumur 13 tahun!

Selalu gak tengok fenomena gitu dalam dunia blogger ni N akak nak komen 'ntahapahapantah!' sikap macam tu.

Biarkan aje la dorang tu dik.. Jangan ikut sikap gitu. Tengok je pastu jadikan teladan okey! :)

SITI NOORNADIYANA said...

lumrah. ni namenye PHD. penyakit hasad dengki. tak penah puas dgn ape yg org lain dpt.

p/s:tak silap fakta pon .^^

iMBobo said...

betul tu, sgt setuju dgn pdpt jiran..kenapa lah dorg bersikap mcmtu kan?xenjoy la klau mcmtu..ade blogger tu tak suka dgn sorg blogger terus buat entry sindir2 blogger tu..haiyoo..

xpe jiran, yg penting kita happy hehe..

faridah nazurah said...

@Jahidih Saili

memang betul, tapi makin hari makin bertambah jumlah species tu

faridah nazurah said...

@kotak bulat

betul tu KB, prasaan dengki mmg baik utk bg motivasi kat kita. semuanya bergantung pada kita untuk mengawal

faridah nazurah said...

@Mrs Nury

biasalah tu kak, kadang2 org yg kita kenal ni lagi senang nak tikam kita dr belakang

faridah nazurah said...

@SITI NOORNADIYANA

haha nasib baik takde salah fakta.

faridah nazurah said...

@iMBobo

yolah jiran oi, mmg langsung tak enjoy bila bw je ada entry mengutuk2 blogger lain. tapi kita happy kan berjiran ni?hehe

yayath said...

ya lorrrr...x payah la nak phd kan:)enjoyenjoy blogging sudah..hehe

cik najihah said...

kadang2 muak jugak bile bende2 ni jadi

Kakkoii said...

1 je cara penyelesaian die... IGNORE

mane la tau kalo die men hasad2 dengki, secara x langsung sebenarnye die tgh pomot blog kite haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.