iMBobo

belog tarzan gilak

Tuesday, October 4, 2011

Kenapa perlu malukan aku lagi haa?

Dah berapa lama ehh aku tak update? hehe last update pun hari ahad haritu. kenapa aku tak update? sebenarnya aku tengah menahan rasa marah. yelah takut terpost something yang patut korang baca. hehe kang balik ke zaman jahiliah masa buat blog pulak kan. alhamdulillah selama beberapa hari aku langsung tak menekan NEW POST tu aku tetap dapat menahan rasa dlm hati. tapi akhirnya harini benda tu jadi bernanah balik #ayatjiwangkarat

kenapa ehh aku marah dan sentap semacam ni? hurrmm ingat lagi pasal post aku yang INI ? cuba korang baca part yang buat aku patah semangat tu, jangan tengok tang aku menggedik sudah.. hehe

sebenarnya dari hari sabtu tu aku dah try fikir positif pasal cikgu aku cakap aku ni PEROSAK MAJLIS KAHWIN orang. aku seboleh-bolehnya nak buang semua rasa marah tu sebab dia tu cikgu aku. orang yang dah banyak bagi aku ilmu dan semangat. tapi... entahlah.

pagi tadi cikgu tu masuk mengajar macam biasa dalam class. aku pun bile dah tengok dia punya mood ok, aku pun watlek je lah. lagipun aku dh maafkan dia. masa tengah2 dia dok mengajar tu, tiba-tiba dia tanya kat budak2 class;

cikgu : ehh macam mana dorang ni jadi pengacara majlis tu ye? ok tak

budak class : ok la cikgu. sangkut sikit2 tu biasalah

cikgu : eleh skrip tu bukan dorang yang buat pun. nak jadi pengacara ni senang je, cakap je.

HELL-O, skrip tu mungkin bukan totally aku buat. tapi at least teacher maznah ada bagi aku guideline macam mana nak buat skrip dan ada ayat yang spontan keluar! start je dia jadikan aku dan zati   tajuk utama, ada 3 perkataan je aku dok tulis kat atas kertas;

'BODOH'

'BABI'

'BAJET BAGUS'

kurang ajar ye aku ni? mungkin.. tapi tak cukup ke dia malukan aku kat majlis tu? kenapa nak bawa lagi benda tu kat sekolah? kenapa semua tetamu kat majlis tu puji kitaorang tapi dia mengutuk kaw-kaw? serious aku nak nangis je tadi tapi aku takkan jatuhkan air mata aku untuk orang macam tu. selama ni aku hormat dia, sanjung dia, puji dia, buat baik dengan dia, borak2 dengan dia, dengar semua nasihat dia tapi nape sekarang aku rasa hormat aku kat dia sedikit berkurang? mungkin sebab aku rasa terhina yang terlampau kot. aku terkilan gile sebab dia antara cikgu yang aku sanjung dan dia jugak yang buatkan aku patah semangat! damn!

aku tau siapalah aku ni nak dibandingkan dengan dia yang dah berjaya dalam hidup kan. tapi dia tak pernah terfikir ke yang aku ni manusia biasa. ada perasaan malu? dia sedar tak yang dia pun ada anak dara jugak? dan dia boleh kompem ke anak dara dia tu lebih bagus dari aku yang nothing ni? dia tak terfikir ke yang mungkin satu hari nanti  anak dara dia tu sama usia macam aku akan jadi lebih 'JALANG' ?

maybe bagi dia aku ni pengacara majlis yang paling FAIL dalam dunia. tapi aku yang konon merosakkan majlis orang ni bercakap dapat duit dan dia yang hanya mengutuk aku tu takde dapat pape? huih manusia ni memang kan. selalu lupa nikmat yang kita rasa ni bukan milik kita, tapi milik DIA. kalau DIA nak tarik nikmat hidup kita anytime je. just wait and see.

ok, aku baru tersedar yang entry meluah perasaan ni dah terlalu panjang. sebab nilah aku malas nak menaip entry. tapi nak buat macam mana kan. kalau ada yang tak suka, harap maaf.

aku tau entry ni mungkin bakal dicanang kat sekolah nanti. yelah sebab cikgu tu banyak PEMBODEK. dan PEMBODEK tu kebanyakannya ada blog. haaa ceritalah wahai PEMBODEK sekalian sebab hati ini telah dilukai #jiwanglagi

cikgu, cuba ingat apa yang cikgu selalu cakap kat saya dulu; hadapi semua ketakutan kita. bila saya dah mula melawan ketakutan saya sendiri, cuba cikgu sokong saya. saya tak mintak banyak. cuma SOKONGAN!

p/s: jangan terlampau mendabik dada dengan segala nikmat kita. cuba seimbangkan intelektual korang dengan attitude ye :)




Kalau sudi silalah komen dan click Google +

4 sayang cik singe:

aimie amalina said...

hayooooo
shian kamuuu
bertabah la yeeeee
biarlah kat ye
jgn sakitkan ati lagi ye
epi2 taw!=]

C` Ayob-Ilmu Asas Hidup said...

ala geng...sabar je lah....kuatkan semangat...itu baru cikgu...blum lagi di luar sana....macam-macam manusia ada.......

dengan adanya perkara ini, cayob harap..mulut murai lebih kuat dan tabah untuk menjadi ;insan yang baik. Amin......take care :)

CikBulat said...

sayang, think positif.. anggap itu satu cabaran :) walau siapa pun cikgu kita, sejahat mana pun dia. keaiban dia harus dijaga walaupun pekung dada kita disebarkan olehnya. remember, keredhaan ilmu adalah dari penyampai ilmu tersebut, pelajar yang cemerlang adalah mereka yang sentiasa mnghormati gurunya, akak pon bukan sbaik2 org, tp just think bout that :) keep smiling. hee.

faridah nazurah said...

@CikBulat

thanks ye atas nasihat akak ni :) sekarang ni emosi pun dah ok sikit. biarlah cikgu nak ckp ape. malas dh nak marah2. mulut orang kita takleh tutup kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.