iMBobo

belog tarzan gilak

Wednesday, November 16, 2011

Budak sekolah sekarang banyak yang suka menipu!

hehehe aku dah tak biasa lak nak menaip nih.. biasalah dah terbiasa jadi budak nerd je # bajet bace buku la sangat. kekok la nak menaip. huihh kalau aku tinggalkan blog ni selama sebulan kompem aku dah takde minat nak update dah kan kan kan?  bersawang la gamaknya blog cikai ni haa. 

okey nak staright je, taknak belok-belok. aku just nak mengumpat dan mengata perangai budak-budak sekolah yang tak cukup matang ni. serious sakit mata dan hati aku. nak tau sebab apa? sebab dorang menganggu waktu beyak aku! cisss~ cilaka punya orang  :P

hehe tadi masa aku nak balik sekolah, aku singgah jap kat Metropoint ni jap sebab tibe-tibe je perut meragam. haa ni mesti sebab aku makan megi goreng kat kedai mamak ayza ni! sebelum aku masuk toilet tu, aku ada nampak buadak-budak sekolah melepak dlm tu # macam takde taste je. hahaha masa aku tengah amik feeling2 tibe je segerombolan( penjodoh bilangan untuk penjahat ) budak-budak sekolah tu memekak dalam toilet. perggghh serious aku cakap siap menjerit2 bagai. terbantut segala perkara aku nak buat. 

dah tu aku terus takde mood nak melepas, aku terus pakai perfume dan terus keluar dari toilet. korang cuba teka dorang tengah buat apa? hahaha siap dah tukar baju bagai. ehh tadi dorang pakai baju sekolah, ni dah bertukar lak. pastu siap cerita pasal boipreng sekali. cerita nak kiss la, nak peluk la... hishhh budak-budak sekarang ni. nak je aku pelempang 44 kali kat muke berjerawat dorang tu.

ni mesti kes nak pergi memonteng kan? sebab aku ada terdengar sorang tu cerita yang mak bapak dia tak tau dia nak lepak. hahaha kecik-kecik dah pandai menipu. kesian sungguh. ohh lupe pulak, yelah dorang kan baru dapat duit bantuan RM100 daripada kerajaan. hahahaha

errrr otak aku dah jam. tangan dah lenguh. hati dah tak tetap kat blog. rasanya aku terpaksa menggantungkan entry sampah ni dengan satu perumpamaan;

Siakap senohong, gelama ikan duri,
bercakap bohong, lama-lama mencuri.

Nota Mintak Pelempang : walaupun aku ni budak sekolah, aku tetap benci bile budak sekolah yang suke menjerit-jerit depan orang ramai. macam tak bertamadun.

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

9 sayang cik singe:

NZ Diaz said...

haha apsal tak lempang je? XD

Fathiah Hamim said...

kalo fa kan, buat2 tersimbah air kat masing2. hehehe

nFx said...

apa nk pelik...media terus menerus menceritakan sesuatu yg bad...budak2 apa lagi...terikut la....budak skang dh pandai...org tua jerk pk budak xfhm...padahal diaorg lagi expert...hahaha

Bro Ahmad said...

lempang je sekor2 bro sokong p

EYFAalias said...

budak2 skrg mmg mcm tu.

cik fyeza said...

eii bengang je ngn budak mcm tu .
skolah fyeza bnyk budak yg da perasan besar sgt . -,-
mkn pun mak bpk tnggung lagi

faridah nazurah said...

@nFx

sebenarnya dalam hal ni, kita takleh nak tunding jari ke arah media saje. sebab sebenarnya benda ni terletak pada hati dan diri kita sendiri. lagipun sepatutnya dorang dah boleh membezakan baik dan yang buruk kan?

Saia Budax Lanun said...

Assalam, memang sikap budak2 mcm tu.... kesian mak bapak dorang....

era kecik said...

eee,, tak malu ke nak kiss2,, peluk2..? erk, era baca pon dah geli, apa lagik kalo nak buat.. eeee..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.