Aku bukan taknak sokong industri perfileman Malaysia, tapi aku sangat-sangat pantang dengan cerita yang mengelepet (tipu) para penonton. korang pernah tengok tak filem ni? mesti tak pernah kan? yelah sebab filem Penunggu Istana ni tak dipromosikan secara meluas. Kalau tak silap aku filem ni ditayangkan pada bulan April 2011.
Kononnya, filem ni adalah kisah "realiti" dan bukannya sekadar lakonan semata-mata. Filem ni mengisahkan tentang satu dokumentasi para pelajar dari sebuah pusat pengajian. dorang si semua pergi ke Istana Bilah, Perak untuk menjejaki kewujudan entiti ( hantu ).
Filem ni jugak dikatakan tidak memotong satu pun babak daripada kamera para pelajar tersebut. Pelbagai cara yang digunakan oleh Fira, Sara, Mus, dan Amar untuk menyeru " Penunggu Istana ". sampaikan sanggup menggunakan darah haid. pada hari ke-7 itulah entiti di dalam istana tu mengamuk dan disebabkan amukan penunggu tersebut Fira, Mus dan Sara meninggal dunia. Amar Asyraf pula hilang entah ke mana.
masa mula-mula aku tengok filem ni, aku ingat betul-betul benda ni terjadi. tapi disebabkan otak dan akal aku semakin ligat fikir takkan lah Malaysia boleh siarkan filem yang tak dipotong babaknya dan kesemua pelakonnya meninggal. Sebab itulah aku memulakan meng-Google pasal cerita ni.
Macam-macam review yang aku dapat dalam usaha mengkaji filem Penunggu Istana #bajet je lebih. hahhaa daripada apa yang aku dapat, sebenarnya filem ni hanyalah lakonan dan semua pelakon yang kononnya mati tu masih hidup lagi tau. siap ada Facebook lagi. Uncle Seekers ni memang pengelepet bangsa betul. Maybe ada yang akan cakap sape suruh percaya filem ni bulat-bulat kan? tapi satu je aku nak cakap. cuba korang tengok sendiri filem ni. siap nak sedekahkan al-Fatihah dan dapat kebenaran daripada keluarga para pelajar yang sudah meninggal dunia bagai. bhahahahahahaha serius bongok!
semalam aku tengok iklan yang filem Penunggu Istana ni tercalon dalam Anugerah Skrin 2011. nape tak percaya ke? nahhh ni haa aku dapat dari http://www.budiey.com
Senarai filem yang tercalon dalam Anugerah Skrin 2011:
- Mantra
- Senario Asam Garam
- 4 Madu
- Magika
- Jangan Pandang Belakang Congkak 2
- Cuti-Cuti Cinta
- Estet
- Ngangkung
- Aku Tak Bodoh
- Hantu Kak Limah Balik Rumah
- Aku Masih Dara
- Janin
- Damping Malam
- Khurafat
- Sini Ada Hantu
- Kembar Siang
- Hikayat Merong Mahawangsa
- Ratu The Movie
- Cun
- Di Larang Masuk
- Penunggu Istana
- Seru
- Momok Jangan Panggil Aku
- Kongsi
- Nur Kasih The Movie
- Karak
- Kl Gangster
- 321 Cinta
- Sekali Lagi
Aku tau aku ni bukan hebat bab mengkaji filem mahupun membikin folem sendiri. tapi jujurnya kalau filem tu cerita yang hanya dibuat-buat, cakaplah. ni tak, Uncle tu siap tulis kat blog dia konon yang dia takde menipu dalam pembikinan filem ni. dan siap menegaskan lagi dengan kewujudan gambar-gambar kematian Fira dan Mus.
fuhhh nasib baik setakat download je bukan tengok kat wayang. kalau tak dah membazir. dahlah kena tipu hidup2 lak tu. hehehe kadang-kadang kan aku dah boleh agak flow cerita Melayu ni. dah siap boleh agak penamatnya macam mana. agak hampa ye di situ #hampalah sangat!
kalau korang tak percaya dengan apa yang aku sampaikan, korang boleh download dan tengok sendiri. selamat ditipu ye kawan-kawan :P
sumber: http://www.malaywood.net
Nota Mintak Pelempang : Nak menipu pun agak-agak lah. tapi perasan tak cerita ni nak meniru filem hollywood The Blair Witch Project (1999 ).konon bajet-bajet nak rakam paranormal activityp/s: aku memang tak berkenan dengan Uncle Seekers ni haa. nampok bonar nipunya!
p/s lagi : sorry kalau aku terlampau radikal dalam memberi pandangan, aku mintak maaf kalau tak selesa ye.
13 sayang cik singe:
kau nak gelak guling2? nak aku tolong gulingkan tak? ehhehe
aku nak download pn xselera inikan nak tgk wayang mmg x lah kan. huhu
klau mati btl2 sape yg nk berlakon?
@EYFAalias
bukan aku yg downloadkan. member aku yang buatkan. aku setakat menadah je..
@Ku Azhar
sebab unclee tu cakap filem ni dokumentasi dan tiap babak yang ada dlm filem ni dirakam oleh cmera pelajar tu sendiri. filem ni takde kononnya takde penerbit dan camera man.filem ni lebih kurang mcm paranormal activity dan korang akan faham apa yg sy ulaskan kalau korang tengok sendiri cerita ni.
seramnya..ada ke nak berlakon macam ni..serius bro tak tau apa apa?
biasalah..uncle bnyk hutang..die kasi gimik ckp cite tu btl. gile ape rakam org mati..x kne saman ape ngn keluarga si mati. hahaha. gua mmg xcaya n xtgk pun cte ni. mengarut!
@Gua Tertidur
hehe actually kawan yg suggestkan filem ni. dia ckp cerita ni mcm paranormal activity.. bhahaha
eh yeke dia siap suruh sedekahkan al fatihah, dia buat main main ye dgn benda mcmni. senget la uncle tu.. amek kau.
mmg pun menipu citer ni..sara tu siap blakon mcm2 citer lak lps tu..:)
@teratak hati
haaaa nasib baik ada jugak yang menyokong fakta sy nih.. org yg dah tengok filem ni je tau apa yg sy cuba sampaikan.
haha..macam mana boleh tercalon filem ni...serius bosan...macam terlalu ikut skrip sgt dialog2 dorang tu...heee~
ni lah sebab terpengaruh filem melayu.mak den pesan awal2 laie..tengok citer tamil..sebab memang cerita tipu yang jujur.mana taknya hero kena belasah steady je!!
uish.. tipu rpanya.. nsib bek x tgk langsung.. haha :PP
Post a Comment