iMBobo

belog tarzan gilak

Tuesday, February 21, 2012

STPM IS NOTHING? yeke?

Arggghhhhh tekanan mental betul aku dengan manusia-manusia yg mcm hampeh nih! haha aku cukup terasa kalau orang memperkecil kedudukan budak-budak STPM. al-maklumlah, aku ni kan hati tisu.. sentap je manjang ( yeke ? )

Seriously selama ni kalau orang dok cakap yang STPM ni tak okey, aku takdelah nak terasa hati sangat. bagi aku tu pandangan klise je.. haha tapi kali ni aku sangat2 terasa sebab manusia durjana tu siap cakap dengan intonasi yang kasar lagi. cibai tak guna sungguh!

STPM is NOTHING lah! tak guna hidup kalau setakat amik STPM!

fuhhh agak berderau darah aku masa manusia tu dok cakap kat aku camtu. yelah dia dah la cakap dengan gaya menengking. nasib baik tak gugur jantung hati limpa aku.. malu pun ada jugak. alahai~

betul ke STPM ni nothing? yeke? betul ke? gile kentang la kalau betul. haha tapi takpe result STPM aku pun dah nak keluar ni. bagi aku, tak kesah la kau amik ape pun, sama ada STPM, Diploma atau Foundation ( Asasi ) janji kau reti survive untuk life kau yang akan datang. iye dok? lagipun dah ramai yang berjaya dengan hanya ada STPM. 

haha ada yang cakap budak STPM ni adalah budak2 yang ketinggalan utk masuk Universiti kan? tapi aku rasa tanggapan tu salah. sebabnya masa dulu aku dah daftar Form 6 pun, aku tetap dapat tawaran UITM dan Politeknik. so sape yang cakap budak STPM ni budak bengap, bodoh dan bahlul? sape? sape? dan sape?

haha emo kejap. yelah, sensitif ni weyh.. kalau la manusia tu cakap dengan nada yang biasa2 je, aku takde la nak terasa sangat. ni boleh lak dia cakap kuat2. malu, malu gile aku masa tu..

untuk pengetahuan korang, manusia yang dok menghina tu ada pangkat  "DOKTOR". tapi bukan doktor yang keje kat klinik mahupun hospital tau. haha mungkin la dia dah terasa yang diri dia tu mahakarya hebat dan bijak kot, tu yang menghina orang je. tarak guna punya olang!

tapi takpe, aku chillexx je weyh.. :)
Nota Mintak Pelempang : Jangan asyik nak menghina orang kat dunia ni. setiap orang ada rezeki dan kemahiran masing2.. kang kau syok2 hina orang, bile kat 'sana' nanti orang hina kau balik baru tau. 

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

44 sayang cik singe:

Wanabe PJ said...

STPM lagi mencabar sebenarnya..xramai yg berani amik STPM..saya dulu pn amik STPM..:)

adarain said...

hahahaha, so funny and not clever who said STPM is nothing.
ko tgk kenapa orang cina & India lebih sanggup amik STPM dari matrik walaupun dapat matrikulasi..
banyak kelebihan STPM, tp orang x nampak, nampak sebelh mata je, buta sebelah.

Unknown said...

STPM hanya tiket untuk ke degree pada masa kini, truskn blaja ye.. tgk pe respon si penghina apabila kamu brjaya nanti.. :)

eVa said...

sabar yer. haha.. tp bg saya, sapa yang amik STPM mmg kepala smart betul sbb ayah slalu ckp susah tau exam STPM, ingat senang"? so bila ayah sy ckp gitu, pandangan sy utk org STPM mmg tinggi.. pangkat doktor n lawyer masok STPM... biarlah apa org ckp apa pun k.. ;)

Zul De Alexis said...

sabar yew..jadikan penghinan owg tu untuk kita lebih berusaha untuk berjaya dan buktikan pada dia yg kita pon mampu beli rumah n pakai kereta mewah.

AM said...

Arol calon STPM 2012 ;) Ramai orang pandang serong dengan pelajar STPM, dorang ingat siapa yang ambil STPM nie budak2 bodoh yang tak dapat offer U. Padahal dorang tak tahu STPM ialah antara peperiksaan yang paling susah di Asia. Mulut tempayan kita boleh tutup, tapi mulut orang susah nak tutup. Yang penting, BELAJAR! Kalau masuk U tapi belajar malas, tak guna jugak! :D

hyz said...

sy jugak amek stpm dulu. pas abes stpm terus sambung ijazah kat U.x de masalah lah... abaikan kata2 orang tu

Yumida said...

susah exam stpm tu wooooooo

ciksukaberangan said...

biaq p la dorang. org bpengetahuan je tahu STPM tu penting tak penting. HAHA :D

biela bell said...

hahaha..sabar dear..bell pun dulu lepasan STPM..tak guna blaja smpai berpangkat2 tapi sahsiah zero.. Dia tak amek STPM..tu yang dia tak tahu betapa susahnya STPM..takpe..yang penting..kita kena tunjukkan yg STPM juga boleh maju ke depan..:)

nuyui a.k.a miss YUI said...

walau yui x amik stpm tp tak sptutnya la nak ckp camtu kan..aduhh!

Ain Shakirah said...

ambik apa apa pn sume same. yg penting niat n usaha kite je syg. keep it up. never give up :)

Azzah said...

sis dulu pun stpm jugak tapi lepas tu sambung belajar..stpm lagi susah giler..

littledolphin said...

tell them that stpm is recognised by all universities abroad! kalau matriculation,di luar sana,only some uni je yang recognise.

anyway both are good,but stpm is clearly better!

NAL said...

ok what STPM..
kalau ikut ranking :
1- STPM
2- Matrikulasi
3- Dip
ni la ranking dlm UPU masa nak ambik student untuk smbg ijazah..

Sarah Mnasir said...

bukan owg kap sijil STPM ag laku dr diploma ka ?

shamyheart said...

tak baik hina orang. semua orang ada rezaki masing2.

STPM lagi susah bab Pengetahuan am. ingat senang ke? Semua isu kena tahu.

Unknown said...

whoaa stpm ! sy baru lepasan spm menunggu resultnya bulan 3 ni . ayah paksa amik stpm lepas ni sbb peluang masuk universiti sangat cerah . tapi ada jugak yg cakap stpm ni adalah peperiksaan yang palng susah . hadoii dalam dilema :(

semutsengal said...

aku bukan apelah,

seriusly. Even stpm tu susah, sijil dia tak macam diploma.

kalau kau ada stpm, gaji kau rating sama dengan spm, tapi kalau kau diploma dia ada rating sendiri. Fikirlah =)

Unknown said...

@semutsengal

haha yelah kot kot kot..

Hans Hanis said...

STPM okay what
sapa yang cakap tu
gi kapak mulut dia
hehehe

Juwita Afifah said...

Relax la. Bg saya, apa pon taraf pendidikan kita, x menjamin kejayaan dlm hidup. Bapak saudara sy, cuma ada PMR. Tapi skrg dia lebih berjaya dr adik beradik lain yg ada master n phd. Sbb yg ada master n phd cuma mkn gaji. Dia yg pmr tu bisnes juta2.

Seriously, x payah kisah la apa dia nk ckp. Even dia doktor sekalipon, x bermakna dia btol2 berjaya dlm hidup dia. =)

[sutera kasih] said...

ehem2..sy adalah pemegang sijil STPM hehe..

syukurlah..dr STPM sy dpt menjejak kaki ke U tau..so abaikan mulut2 busuk yg mengata tu huhuhu

Ezad Skytech said...

sabar je la ye...mulut org mmg susah nak ditutup...

Mishter Izwän said...

STPM tuh penting actually sbb senang nk msuk U and trus amik degree, tp kalau org yg amik STPM tp malas blaja mmg nothng lahh, hope awk tak la tegolong dlm org2 yg mls, msti score baru lah dpt smbung U/degree

Unknown said...

kawan2 aku cakap ambil stpm susah. ehehe

Just Mini Love said...

ape la.. stpm la paling susah kowt... pastu terus je masuk ijazah kan.. ape la.. stpm same je standard dgn diploma .. sebb klo nak cri kerja pun.. diploma/stpm .. same je level..

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
cinta siswi said...

alolo.. biar je org tu.. jeles lettew dia xamek stpm..hehe..

#stpm mencabar even siswi xambik.. :)

Anonymous said...

macam tu lar orang .. rasa dia bagus sangat la tu.. ei, dia tak pikir ke. nanti esok2 anak dia berjaya dapat keje elok2 cuz dapat good result in STPM .. tak ke malu .. haha :D

Hanie Dew said...

eh xpe beb.pas stpm ko bole terus ambik degree. stpm susah la. sapa ckp senang.

ko pilih pilihan terakhir tu. lagi menguntungkan.

"DOKTOR" tu PHD ke.

Unknown said...

@Hanie Dew

yup.. sebab tu aku cakap dia bukan doktor kat klinik atau hospital

Myra Azraff said...

eh apesal lak?bende camni pun nak jadi isu...jgn la kodi sangat kan..(bukan akk ek..)..kita ni sebenarnya..Allah dah tentukan jln yg lain2 untuk berjaya tu..tak semua flow dia sama je..harap akak bersabar...:)...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

stpm tu pra universti... nengok org cina.. berebut nak amik STPM kn...

Nizam Ijam said...

erm... semua ade rezeki masing2 kan :)

hazz death said...

teruk jgka org mcm tu, even aku x amik stpm, ak still respect org yg nak belajar.. xda bezanya pun tu, stpm or universiti, main objektif nya kita belajar untuk dapatkan ilmu, supaya dpt majukan masyarakat, tlong kluarga.. 'doktor' la sgt klw x tau mo hormati org, mungkin niat dia baik, dia sngaja ckap mcm tu untuk ko buktikan yg ko mampu buat lebih baik bbdning dia.. bersngka baik k?.. :)

Unknown said...

Nothing is nothing.

msredcheesecake said...

akak rasa stp lagi susah dari amek diploma..... biar apa org nak cakap....jgn layan jer...

Abu Bagi said...

aku tak pernah cakap cam tu. so jgn lempang aku ahahahha

nak lempang.. pgi bagi pelempang kat blog aku hahaha

semutsengal said...

pendapat aku je.

Anonymous said...

pernah jugak chemay trepikir.
nape chemay tak amek stpm masa lepas form5 dulu.
chemay masuk matrik.
then bila dah masuk matrik.
tak mmpu nak kejar cara beljar yang laju sangat.
btw antara matrik dengan stpm.
maybe stpm is better.
but compared to diploma.
sijil diploma lebih senang nak guna untuk dapat kerja.
:)

LAici KAng Ais said...

biarlah awk.mulut org ssh nak tutup.

Cik Nurul said...

Suka sangat ayat nota mintak pelempang tu.. ;)

aku HaniAsyira said...

bukan org lg pandang result stpm ker..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.