iMBobo

belog tarzan gilak

Tuesday, March 13, 2012

Terima kasih AIR MINUMAN SEA MASTER !

ehh ehh kenapa lak aku berterima kasih sangat dekat air minuman sea master lak eh? sebab dorang sponsor suruh aku buat entry pasal jenama dorang ke? ke aku menang cabutan bertuah peraduan gores dan menang anjuran sea master? hurrmmm~

hehe sebenarnya aku nak berterima kasih sangat2 sebab air minuman hampeh ni la yang menyebabkan tekak aku sakit! semalam aku teman akak aku pergi medical checkup kat klinik. bile dah berjam-jam menunggu giliran (biasalah klinik kerajaan) , aku dengan akak aku pun singgah dekat cafe jap. alahai..air kotak mahupun air tin semua takde. yang ada hanyalah air minuman SEA MASTER. kitaorang pun beli je la sebab dah haus bonar..

teguk demi teguk air tu kitaorang minum.. dah lama2 tu tekak aku start rasa perit ya amat.. aku pun makan la gula-gula strepsil. akak aku pung mintak gak gula-gula tu sebab tekak dia pun dah sakit. 

bila dah habis medical checkup tu kitaorang terus balik je rumah. tekak rasa macam kering kontang je haaa.. kadang-kadang rasa gatal pulak. hishh yang takleh blahnya bila malam-malam tu la. yelah bila tekak dah kering start la batuk kong kong.. macam main lawan2 bunyi batuk je. 

pagi tadi masa sebelum pergi keje aku batuk2 then aku try la buang kahak yang ada. mak aihhh berdarah le pulak. cilanat punya air. kesian anak tekak aku ni. haha akak aku lak terus amik cuti sebab suara dia terus hilang-hilang macam chipsmore. kejap ada kejap takde. haha

aku balik je keje ni aku terus search pasal air minuman sea master ni.. perghhh cuba baca yang INI. korang baca tang comment tu! fitnah semata-mata atau betul ehh?



Nota Mintak Pelempang : errr air sea master ni bukan air mineral tp air minuman. persoalannya, dari mana datangnya air minuman ni ehh? air kumbahan yg dirawat tanpa ditapis ke?


Kalau sudi silalah komen dan click Google +

16 sayang cik singe:

..cik gugu.. said...

haha g la klinik ..

Lynn Damya said...

ok sgt setuju...akpnh terminum air ni, rse xsedap gila, mcm air kelapa yg xde gula, pelik benau rasenya..ggrrr....lepas ni ak stick dgn brand minreal spritzer dgn cactus je lah..haishhh

cik najihah said...

sy mmg x minum dah air ni..lepas ni minum air yang penutup berkaler je ye..sebab yg x berkaler tu air minuman..bukan mineral

faiz fakhirin said...

tukarlah kepada cactus...cactus memiliki banyak air..mungkin air jenama cactus diambil daripada pokok kaktus...berkhasiat kn..

chemay said...

lepas ni jangan minum air minuman k?
minum air mineralll

Hanie Dew said...

uit! biar betul beb.ko dah pegi jumpe doc tak? apa sebab nya air mineral tu bole buat sakit tekak. bahaya weh. sampai bedarah darah bagai.

EYFAalias said...

so far aku minum okay je. ehehe. tp kadang2 ada gak rasa perit tp xde la smpai batuk2.

Gen2Merah said...

ooooooooo macam tu ya??? Fuiii, nasib baik lah awak sudi share pasal minuman sea master ni...

Lepas ni sumpah tak nak minum jenama minuman ni... apa lagi saman je... produk tu memudaratkan pengguna..

faridah nazurah said...

@Gen2Merah

sy pun tak tau sama ada yg kat blog tu sahih atau tak. sebab tu sy bertanya sama ada benda tu fitnah atau betul.

tp buat masa ni tekak sy mmg sakit lepas minum air tu.

AMMAR YASIR said...

Minumlah ubat batuk cap kelapa laut afrika

Jue said...

oooo ade Hanie cite td psl ko yg tekak berdarah
baik g cek beb sblm lg truk
sakit wor tekak berdarah

semutsengal said...

biar takda karen, jangan takda air.


nak cebuk mcmana oiiihh !!

Ezad Skytech said...

da pergi check kat klinik ke belum ni...?

msredcheesecake said...

Sampai berdarah, cam series je bunyi nya.... Gi la klinik...

cinta siswi said...

get well soon k.. :)

[sutera kasih] said...

awk, hati2 kalo beli minuman okey..huhu ni dh mandi ke belum? haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.