iMBobo

belog tarzan gilak

Wednesday, April 11, 2012

Gegaran gempa bumi 8.9 ritcher. Takutnya!

Korang terasa tak gegaran gempa bumi tadi? apemacam takut tak? fuhhh kat indonesia kompem bergegar gile-gile. yelah 8.9 ritcher tu.. menakutkan sungguh. tadi masa aku tengok kat berita pun kelam-kabut je dorang kat sana. kesian..


mulanya masa orang ramai dok pung pang pung pang (kecoh) kat Facebook pasal gegaran, aku pun heran. aku langsung tak terasa ape-ape pun. lagipun rumah aku atas bukit lagi tu.. takkan la tak terasa kan? pelik!

hehe mungkin jugak aku tak terasa sebab masa tu aku tengah sibuk membaham nasi dengan kari ayam, udang masak lemak dan sambal belacan air tangan mama aku. fuhh terangkattt siot. hehe sebab tu lah kot aku tak terasa gegaran tu. ye kot?

dah lepas dok membaham tu,  aku terus nak bilik aku kat atas then guling-guling sambil online. masa tengah sedap online tu la aku terasa perut aku macam bergegar je. huh takkan la perut aku berkeroncong lagi kan? bile dah lama-lama tu barulah aku sedar, GEGARAN GEMPA BUMI!!! 

Ya Allah.. takut gile! masa tu aku tawakal je weyh. dah la rumah atas bukit. takut tau. 

Doa Elak Musibah

Doa ni selalu gak aku baca bile aku tengah dalam kesusahan. siap berlagu lagi tau. hehe masa zaman dok asrama dulu senior-senior aku selalu ajar baca doa ni dengan berlagu sebab nak bagi kita lagi senang ingat. sentiasa la amalkan ye :)



Nota Mintak Pelempang : aku guna perkataan 'membaham' sebab aku memang makan banyak dan lama gile.


Kalau sudi silalah komen dan click Google +

14 sayang cik singe:

CekbOlat-bOlat said...

kwsan amaran PD.. awwww..

aRa ❤ aFiq™ said...

rumah dia atas bukit tuuu.. cer rakam sore zura bace doa yg siap berlagu.. :)

faridah nazurah said...

@aRa ❤ aFiq™

nak tau caranya? cuba ara tanya budak2 yg pernah dok kat asrama.. rata-ratanya akan melagukan doa-doa harian. sbb senang utk ingat :)

EYFAalias said...

kenapa aku xrasa apa2 pun?

Bobo said...

kat bangi xde rasa gegar pun.. tapi peening ni, mual2, rasa nak muntah.. *ibu mengandung* hehehe

Ezad Skytech said...

kat selayang tak rasa gegarannya...

> huhh..rumah atas bukit..seram tu..erk..

Ini Kisah Tia said...

nampak besau bahamnye tu .. hehee

zulhilmi tempoyak said...

Nama saya mohamad zulhilmi zulkefli. Berusia 22 tahun. Lahir di lenggong perak tetapi dibesarkan di pulau pinang kedah dan perak. Sekarang menetap di bangi untuk terus mencari dan menggali ilmu. Mengikuti program kewangan dan perbankan. Berat badan saya terpaksa dirahsiakan. Tinggi saya pon begitu. Hobi saya ialah membaca buku dan mengumpul setem. Saya suka Menunggang motosikal kriss100. Berwarna biru.


Cuba terangkan pasal diri anda pulak. Saya Nampak anda mempunyi ciri-ciri yang best. Anda agak kiut. Tampan. Cun. Cantik. Menarik.


Ehhhhh…. xtau la nk tulis ape dah...;p

erkkk.... bila ditimpa musibah. ucapkan Inalillahiwainnailahirajiun. sesungguhnya nikmat Allah bersama orang yg bersabar..

[sutera kasih] said...

risau bila dpt tau news tu..mesti org2 yg prnh alami tu rs trauma & fobia..huhu semoga baik2 saja kan dik..

msredcheesecake said...

Bukan sumer tempat rasa kan? Akak pun tak rasa...

eVa said...

sy pon takut giler semalam.. hmmmm. :(

cinta siswi said...

xrase pun gegaran tuh..
tp kawan2 ramai yg rase..

Zul Fattah said...

aku tengah tidor masa gempa tu.. tak terasa la plak.. lpas sedar tu.. kecoh, satu kuala perlis.. rumah aku dekat dgan pantai.. hoho

Hanie Dew said...

aku tak rasa sebab tengah membaham ayam bbq masa tu then suddenly kecoh pasal gempa bila aku bukak yahoo news. tak putus putus berdoa untuk jauhkan musibah. Allah kan Maha Mendengar..

ko mmg sesuai jugak la dgn 'membaham' tu. ko kan singe.. =p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.