iMBobo

belog tarzan gilak

Saturday, April 14, 2012

Kerja Baru !

Kerja kat kedai emas. apa tanggapan korang? takut kena rompak? best? atau gerun? agak-agak korang la kan kalau korang dapat kerja dekat kedai emas, korang nak tak? 


okey mukadimah memang macam hampeh. biasalah baru bangun tidur di petang yang tak berapa nak indah ni. haha tapi yang penting aku just nak kobarkan yang aku dah kerja kat Ismail Gold and Jewel. hehe tempat kerja baru aku ni selang 2 bijik kedai je dengan tempat keje aku yang lama. tapi lagi best la. sebab ape? haaa sebabnya hari-hari aku mengadap emas. korang hado?

okey, okey.. taknak belok kiri kanan.. aku nak luahkan apa yang aku rasa je sekarang. hurmm, yelah bila aku dah start kerja kat kedai emas ni macam-macam la orang-orang dok cakap.
Tak takut kena rompak ke? bajet dah kebal?
kalau tak pun..
Habis la kau kena tembak dengan pistol nanti.
ada yang paling aku rasa nak penumbuk,
Dah takde kerja lain ke? risiko nak mati tinggi tu..
huh.. pelik la dengan manusia-manusia sekarang ni. ajal maut Allah yang tentukan. tawakal je la.. aku bukan nak bajet kebal ke atau hebakk macam ultromen tp yang aku tau tiap apa yang kita buat tu bertawakal je la pada DIA. susah? baik takyah hidup okey.

haha tapi ada jugak dah perli-perli kerja aku sekarang ni sibuk2 dok tanya pasal harga emas.. konon nak beli dengan harga murah. nak harga kawan-kawan la kononnya.. amboi amboi amboi.. sesedap rasa je

buat masa ni aku just handle pasal pelaburan emas dan emas perhiasan je. tapi aku terkial-kial lagi pasal pelaburan emas. yelah, baru start kerja 2 minggu. heee tapi dalam 2 minggu ni, boleh dikatakan banyak jugak sale. al-maklumlah harga emas tengah turun. 

otak agak blur. kalau nak tanya apa-apa pasal harga emas semasa atau pasal pelaburan emas, tanya je ehh. takyah nak malu-malu meow. kalau yang aku tau, aku akan share. 


Ismail Gold & Jewel - Laman Rasmi

actually banyak lagi koleksi emas, tapi tak terupdate stok dalam laman web lagi. take a look :)

Nota Mintak Pelempang : Bos aku cakap kalau orang datang ada 'niat tak baik' tu terus bagi je ape dia nak. jangan melawan. safety first. tapi mintak-mintak la semuanya okey. insyaallah.. amin

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

14 sayang cik singe:

faiz fakhirin said...

waaaa...gud job gud jobb....teruskn belajar tentang pelaburan emas...

aRa ❤ aFiq™ said...

pak sdara ara dulu dpt keje jd security guard kt kdai emas tpi dia xnk sbb dia tu mls keje pk mcm2 kemungkinan.. tkot kene tembak pun ada.. smpai bila nak keje lau cmtu an -.-

Bobo said...

ish! jgn ckp2 la..nnt kena btol2 bru tau! kedai kat ne? metro kjg ke?

Umie Artoqiemie said...

deyy, emas satu!!
haha
macam order kat kedai mamak.

Ini Kisah Tia said...

wahhh .. hari2 tengok emas .. hehe .. dapat gaji emas tak?

KakiWayang.com said...

Salam peserta contest #4 KakiWayang.com.

Kami ada up satu segmen khas untuk network blogger review filem.
Nak join Rakan Bloggers @ Kakiwayang.com?
Boleh rujuk pada link di bawah ini :

Segmen Khas - Rakan Bloggers @ KakiWayang.com

Nantikan contest baru bulan depan.
Terima kasih ye =)

Bui Junaidi said...

AJAL MAUT DI TANGAN ALLAH..KALAU DH AJAL,DLM TIDUR PUN BOLEH MENINGGAL..

HA,AH..HARGA EMAS MMG TGH DROP SEKARANG..

Ezad Skytech said...

jgn la minta yg bukan2...ajal maut semua bukan manusia yg tentukan...buat tak peduli je dgn mulut2 org yg mcm ni..hee~

Yumida said...

klo beli dri sis...agak2nya ade diskaun x?
kena kabarkan kt kte org brape turun naik emas 100g

APAN said...

setakat pandang je, wat pe...haha...

tertarik ngan nota bwh sekali tuh. 7-e pun mcm tu gak kot caranya. insurans bckup la tuh :)

EYFAalias said...

ada staff price tak? ahahhaaa.

eVa said...

wow!! mencabar jugak keja tu.. tp sronok mata berkelip2 mengadap emas..haha xper.. dr situ awak akan expert bahagian emas2 ni.. mana tau boleh bukak kedai emas chewahh! hehe

biela bell said...

hahahaha..ko kena mintak gaji lebih dekat boss ko..sebab tolong promote barang dia dalam blog..

Hanie Dew said...

ooo..patut la ko inform aku pasal harga emas turun tu,,hubby aku beli kat bank weh. dia kata murah sikit. xtau la aku. dia beli emas tp pegagng buku jela. takot woo nak bawak balik emas sejongkong. habis putus tangan. hahahahha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.