Selamat Hari Guru kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku. hehe aku ni dah la degil tp nasib baik cikgu aku watlek je bertahan mengajar gak :)
haha pagi tadi dengan semangatnya aku menghantar message kat cikgu2 aku. ala aku just ada nombor telefon 3 orang cikgu je.
" Selamat hari guru, cikgu.. Terima kasih utk segala ilmu yang cikgu dah curahkan kat saya. "
errr skema gile kan ayat aku ni? haha memang pun! tapi best sgt bile cikgu2 aku balas message aku.
Teacher Maznah;
"Alhamdulillah!! gelaran 'Cikgu' satu amanat yg perlu dipikul dgn ikhlas dan kasih sayang.. tqvm"
Cikgu Mastura;
"Tq Zurah. luv u."
Cikgu Fadzilah;
"Tq sbb ingat kt saya.camna sekarang? (start la bermessage panjang2)."
hehe poyo je. tp kira okey la aku teringat nak wish. nak bagi hadiah, ekonomi tengah meleset, so wish by message sudehhh..
jujurnya, aku ni zaman sekolah2 dulu memang degil. ikut kepala sendiri je. kejap ada kejap takde. ala ala chipsmore gitu~
hurmm, aku bersyukur sangat sbb otak aku yg kerap blurr ni still leh terima nasihat dan ilmu yg cikgu2 bagi. insyaallah.. satu hari nanti aku mesti boleh buat cikgu-cikgu aku berbangga sbb mengajar aku. amin...
Nota Mintak Pelempang : Hargailah segala penat lelah dan ilmu yang cikgu korang dah bagi sebab benda tu antara keberkatan dlm hidup. cikgu ni ibarat ibu bapa kita yg kedua.
10 sayang cik singe:
cikgu skolah rendah ade yg ingt?hehe
hehee .. Tia tak wish pun .. tade nombo tepong depa :(
amboi siap msg2 lagi.. lupa nak g skolah nk wish kt ckgu.. :D
siap msej cikgu tu.kompem cikgu ko terharu sgt.
ieyza pun xlupe hntar mesej kt ckgu2.. yela. ingt jasa dorg.. tnpa guru siapalah kite,,,
happy teachers day..hehe
Fyqa tak text cikgu langsung. pergi bilik guru wish dekat semua senang jimat kredit hahahahah ;D
sesekali terskema...tringin nak jumpe cikgu dulu2 ucap thank you
haha nak mesej cikgu mmg la kene on skema mode kan?? kang tetibe dpt heart attack lak cikgu bace ayt pelik2.. hehe
aku pon rindu nk jpe cg.. tp nnt2.. :)
Post a Comment