iMBobo

belog tarzan gilak

Tuesday, July 17, 2012

Insiden di hari Isnin yang mencemaskan

Hari Isnin memang hari yang agak sebal sikit. blurr je manjang. bila dah blurr ni kompem la aku asyik menung je kat tempat kerja. hahaha 

Tengah hari tadi, dalam pukul 1 lebih tiba-tiba perut aku berbunyi. malu siot bos aku dengar perut aku berbunyik. so dia pun call kedai makan. siap order on the phone lagi wey. padahal kedai makan tu cikai-cikai je. siap ada delivery gitu~ 

sementara menunggu makanan sampai. aku dok belek-belek la cincin emas. kasi try-try sikit. haha berangan nak beli untuk cincin kawen nanti. sambil tu aku termenung kejap memandang orang ramai kat luar kedai, tiba-tiba je aku nampak satu insiden yang membuatkan aku tergamam.

Aku terkejut sangat bila nampak sorang pakcik ni jatuh tersembam. tergamam kejap. lepas tu aku ternampak dia macam tersentik-sentik (kesakitan). Dalam otak aku terfikir yang dia kena tembak ke hape. sebab cara dia terjatuh dan terbaring memang sebijik macam orang kena tembak dalam filem. aku dah siap sedia nak selamatkan diri. tapi rupanya dia pengsan.

orang ramai pun datang dekat nak tolong. Tetibe je aku nampak banyak sangat darah mengalir kat lantai. ape lagi menjerit la wey.. Pegawai-pegawai Imigresen pun keluar jugak untuk menolong. fuhh memang kelibut sangat tadi. Ramai yang dok call ambulance. yelah lambat benar dorang ni nak sampai ke bangunan ni.

Sementara tunggu ambulance sampai, dorang lapkan darah yang mengalir kat muka pakcik tu dan buat apa yang patut. sambil tu dorang borak2 dengan pakcik tu sebab taknak dia pengsan lagi. Rupanya pakcik ni baru keluar dari Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN). dia bayar hasil. lepas tu dia keluarkan handphone suruh call anak dia.

Agak lama la jugak nak menunggu ambulance sampai. Lepas beberapa minit Pegawai JPA datang untuk hantarkan ke Hospital. Sedih sangat aku tengok pakcik tu. kesian dia..

Akak yang kerja dekat sebelah kedai aku kerja ni cakap, anak pakcik tu cerita yang pakcik ni dah 2 hari tak cukup tidur. asyik kerja, kerja dan kerja je. workaholic la pakcik ni. maybe dia pitam sebab tak dapat tidur dan rehat yang sempurna. yelah, lagipun pakcik tu dah tua. 

Aku hanya perhati dari jauh sebab aku tak cukup kuat nak pergi sana menghadap. bukan taknak menolong tapi kang tak pasal-pasal lak aku kena dihantar kat ICU sekali dengan pakcik tu. 

Aku rasa pakcik ni bernasib baik sebab ramai yang menolong dia. sampaikan pegawai imigresen, pegawai kebajikan masyarakat, pekedai semua datang menolong.. cuba korang bayangkan ape la nasib pakcik tu kalau dia pitam dan terjatuh dekat tempat yang langsung takde orang? 

Harap sangat pakcik ni sihat. 


Nota Mintak Pelempang : Bila nampak pakcik ni, tiba-tiba aku teringat abah aku. risau aku abah mesti penat bekerja cari duit. takut dia tak cukup rehat.
Published with Blogger-droid v2.0.6

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

16 sayang cik singe:

Boni Kacak said...

kesian dia.. dia kerja tu sebab nak cari duit raya utk family dia agaknya..

Tentang Kita said...

kesian jatuh tersembam..mesti sakit...tp dah pengsan tak rasa apa..tang darah tu yg xleh nak tgk...leh pengsan saya nnt

shaliza khairi said...

boleh pengsan sampai kuar darah ke kalau tak cukup tido? bahaya nya.

KorN said...

ye lah kot... dah nak rye ni kena la cari duit lebih kan boni...

faridah nazurah said...

@shaliza khairi

mmg la boleh berdarah sebab pakcik tu jatuh tersembam.. Selalunya kan klau pengsan bahagian pungung yg jatuh dlu. Tp dlm kes pakcik ni, muka dia yg sampai ke lantai dlu. Dan disebabkan tu jugak byk darah keluar

Ezad Skytech said...

mungkin pak cik tu penat sgt la tu...tak cukup rehat mmg boleh effect kesihatan...nasib baik la takde jadi apa2 kat pakcik tu...

Izara4eva™ said...

kesian pak cik tuuu

biela bell said...

perghh..boleh tgok aksi ala2 drama depan mata..hahha..
debo gak klu tgok dpn mata.. siap kuaq darah aihh

syAzAnA said...

teringat ayah yg penat2 bekerja. :(

Edy Fee said...

nasib baik ad yang tolong..kalau ade mcm dm tv tu..org ifnore je.smp meninggal

msredcheesecake said...

sian p cik tu, harap dia tak pepe dan cepat sembuh...

EYFAalias said...

kalau aku ada kt sana aku dh nangis dulu dh. kesian :(

Edy Fee said...

suruh bos buat pura2 tak dengar bunyi perut.hehehehe
salam ramdhan
jemput join n promote
http://edyfee.blogspot.com/2012/07/my-first-give-away.html

Bobo said...

mmg bahaya org tak cukup tido ni.. mgkin dia berada di minda separa sedar..mungkin juga sbb tu dia nampak lantai tu mcm tilam.. balik rumah bykkn berehat ye pakcik..

ain dzaya said...

teruk sgt dah pakcik nie sampai keluar darah...klu kat tempat takde org..nauzubillah pkcik..

Entri Bergambar | 6 Tips Blogging Awesome Nuffnang Blogopolis

Hanie Dew said...

pacik tu pengsan sampai kuar darah? kepala luka terhentak kat lantai ke ape? aku pun risau kalau mak bapak aku sampai sakit cenggini nak carik duit.nasib baik dua dua dah xkeje.duk rumah je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.