iMBobo

belog tarzan gilak

Monday, July 30, 2012

Pegawai P1 Wimax Careline Asyik sibuk..sibuk..SIBUK!

Hoho agak lama aku tak update blog ni. dah berhabuk dah.. fuhh fuhhh tiup habuk campur sawang tu. hehe :P

Sebenarnya aku dah lama tak online ni sebab line internet aku buat hal. hehe bukan dorang saje-saje potong, tp disebabkan aku terlupa nak bayar bill P1 Wimax. haha mak nenek sungguh!

Bila line dah kne potong barulah menggelupur nak bayar. so semalam aku pun pergi Tesco Kajang untuk bayar bil P1 wimax. tp kat sana dorang cakap sistem down pulak. dah tu aku pun pergi je la kat Econsave Bangi ni nak bayar je dekat branch P1. bila dah bayar tu amoi tu pun print la resit. aku pun dengan muka tak malu tanya la;

Aku: Kalau line dah kena block saya nak kne call careline ke?
Amoi: Tak payah sebab nanti automatik line disambung.
Aku: Berapa lama?
Amoi: Paling lama 2 jam.


Bila dah dengar 2 jam terus automatik dorang sambung balik, aku pun pergi la amik akak aku kat tmpat kerja sambil tu mama dengan abah aku melawat kawan dorang dekat wad hospital. 

Agak lama jugak kitaorang kat hospital. bila dah nak berbuka baru la balik rumah. Aku pun try la check line internet dah okey ke tidak. huh memang hampa gile la wey asyik takleh connect je. Aku pun try la call P1 careline. aku pun sengal-sengal basah pegi call banyak kali. hambekk kau sampai habis kredit hp aku. mencekik darah sementara nak menunggu dorang angkat. 

Lepas tu pagi tadi kat tempat kerja aku try lagi call. tetap tak dapat bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan dorang. Busy je manjang. memang mcm hampeh la!
haaa nasib baik la si Hanie Dew comel lote ni bagi idea baik punya kat aku. lepas tu aku dengan perasaan marah campur geramnya terus email kat P1.
*click kalau nak baca sebijik-sebijik

haha yang paling takboleh blah bila aku tulis benda nih untuk dorang;

Seperkara lagi, saya ingin tahu apakah fungsi talian P1careline jikalau panggilan yg dibuat tidak diangkat oleh pihak P1 ? Adakah talian itu hanya dibuat untuk membuang masa kredit dan masa pengguna sahaja?

bila baca balik ape yang aku sound dorang memang buatkan aku gelak terbahak-bahak. Dahlah ayat aku tunggang langgang, siap sound baik punya. hahahaha gelak kejam sat :D

Lepas balik kerja je aku terus check lagi line internet. fuhh nasib baik dah disambung. kalau tak memang aku nak hantar email tiap 5 minit kat P1 careline.

hahaha jujur aku cakap yg line P1 Wimax kat area aku ni memang laju walaupun masa tengah hujan petir. tengok Youtube takyah loading lama pung. haha tak macam line internet yang lain. kalau hujan je mulalah lembab mcm siput. tapi ni je la kesilapan P1 ni. Talian khidmat pelanggan dorang macam takde fungsi je. hampeh!

Nota Mintak Pelempang: Korang rasa dorang cepat2 sambung line internet aku ni sebab email 'pedas' yang aku hantar ke?


Kalau sudi silalah komen dan click Google +

9 sayang cik singe:

cik najihah said...

terbaik lah..sound bes punya

Boni Kacak said...

hahahaha.. saya suka lah cara awak menyaound dorang tu.hahaha

Ezad Skytech said...

haha...best punyer sound direct..tu yg terus sambung ekau punya line internet tu..HAHA~

Bobo said...

mesti P1 baca entry ni.. nnt dia bagi free gift hehehe.. bagus lah cara tu..sebenarnya mmg lebih elok kita email dr call.. sbb call ni biasanya budak customer service yg angkt..kalau email tu admin dia yg baca..

Hanie Dew said...

hahahaha...lucu bila baca balik email ko kat diorang.mesti sentap.careline diorg mmg tajleh harap.emel,inbox fb atau DM twitter mmg laju.tu mesti kes memasing mengadap pc je.pfon xde sape nak peduli..hahahaha..aku pun pengguna P1 yg setia.tp nampaknya akan betukar ke YES.

Azzah said...

he..he..sentap kot dgn email tu..

luqman zakaria said...

hai .,salam kenal..dari blog arepnakbebel.com

sy pon pengguna p1 jugak...so far..tade lagi bende macam nih jadi kat saya...kalau jadi kamu pon sy angin...hehe

eVa said...

ahhaha klakar jer..
huhu best sgt kat sana..

kat sini belom ada kot.. masih pakai streamyx jer.. huhu

Muhamad Hailmi said...

p1 kat kajang line ok ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.