iMBobo

belog tarzan gilak

Tuesday, September 11, 2012

Adik-adik baru

Macam dah lama je aku tak online kan kan kan? haha aku pun tak berapa reti nak fahamkan korang kenapalah aku asyik tak update blog. nanti-nanti la aku cerita. (nanti2 tu maksudnya entry tu dah terperap dlm draft )

Errr aku ada adik baru? Mama aku baru beranak adik baru untuk aku ke? ohh TIDAK! tak boleh, tak boleh! poning kepala aku kalau dengar budak kecik melalak je kejenya.

haha sebenarnya aku memang baru je dapat adik baru. tapi bukan mama aku yang beranakkan. Si Ketot ni haaa sibuk je beranak! Masa kita sibuk-sibuk beraya tu dia lak sibuk beranak. tapi kali ni akak aku yang jadi bidan sebab masa tu aku dah balik kampung. haha
 Meh meh aku kenalkan korang dengan adik-adik aku;

1.My lovely tomey, Finn.

Finn ni jantan. telur punyalah besar. haha Finn ni agak manje sebab kalau kita tengah sibuk-sibuk bersihkan sangkar mesti dia tarik2 kaki kita. nak tau sebabnya? hehe sebab dia nak masuk dalam rumah. nak main-main. comel kan?

Lagi satu, si Finn ni suka tidur atas pangku(riba) aku. peragai dia sama macam abang dia, Iteh. hehe Iteh selalu merajuk sebab Finn ni asyik nak tidur kat aku. lepas tu siap nak dibelai-belai. manalah tak merajuk si Iteh comel aku tu.

2.My lovely manja, Oggy

Oggy ni betina. manja jugak. tapi kuat tido sikit. dia suka sangat datang kat aku main-main tangan aku. kadang-kadang tu tengah dia main lari-lari, tiba-tiba je dia dok setempat sebab nak tido. sepanjang aku bela kucing, Oggy la satu-satunya kucing aku yang warna kelabu. cantik sangat kucing warna kelabu. lepas tu kan, dia ada stokin putih kat tangan dan kaki dia. comel sangat2 kan?

3. my lovely gomok, Gwen

Gwen ni pun betina. badan dia, fuhhh gomok siot! comel sangat bila tengok dia jalan. yelah badan dia dah la gemok, kaki lak pendek comel je tengok dia jalan terketek-ketek. mata dia bulat sangat, warna biru tu mata dia. cantik gile! tapi si Gwen ni kuat menangis. asyik nak berpeluk dengan mak dia. 

Sepatutnya dorang ada 4 ekor, tapi mak ngah aku dah amik sekor. 

4. My sayang, Jake

Jake ni jantan. aku takde gambar dia. sedih sangat. tapi cuba korang bayangkan warna bulu dia macam Iteh, muka pun macam Iteh. badan gemok dan mata warna biru pekat. sedihnya...sedihnya....wuuuu bila terbayangkan muka dia mesti aku sedih sebab Jake ni selalu main gaduh2 dengan aku. aku selalu kacau dia, lepas tu dia mesti datang kat aku gigit jari aku. tapi tak sakit, dia kan xde gigi lagi. geli ada la.. rindunya kat Jake. Mak ngah aku cakap kat rumah dia Jake ni jadi taiko. abis anak kucing mak ngah aku yang lain dipijak kepala dek si Jake ni. haha ganas sungguh adik aku yang sekor ni.

comel kan adik-adik baru aku ni?

Nota Mintak Pelempang : Iteh selalu jelous dengan dorang ni. kalau dia dapat dok atas pangku aku, kemain lagi dia buat muka comel
Published with Blogger-droid v2.0.6

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

9 sayang cik singe:

Jue Derella said...

Ala.............. cute giler.... (>.<)

nur anis said...

saya nak oggy..waa..comel kaler dia...teringin nak kucing kaler kelabu...

Azriff Aziz said...

kiut nyew tucheng diyew. heheehe

Chuu Muqhlis said...

kiutnyeee mereka grrr..

boni kacak said...

adoiyai..comel2nya...

azizah :) said...

alohai...cutenya kucen ni..hehee

Che Rosliza Che mat said...

ala semua tomei2 hihihi

Ain Dzaya said...

oucchh..comelnyer..geram nak tenyeh2 guna hidung ^^

Myra Jay said...

Comelnyer...
MJ suka tengok anak2 kucing, geram je ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.