Hurm.. aku rasa aku makin jauh dengan blog. hahaha mana taknya wey, kat Jengka ni kejap ada line, kejap takde lak. alahai.. bersabar je la yg mampu aku buat.
Sejak aku dok kat perantauan ni, aku rasa aku makin pandai bawak diri. yelah, macam2 benda yang aku dah reti nak buat sendiri. kalau dok rumah? huh haremm la aku nak buat. hehe lagipun kan aku ni 'terlampau rajin' kalau dok kat rumah.
haaa yang ni aku nak cerita sikit kejahilan aku bab berdikari masa first day aku kat Uitm Jengka ni. korang kalau pergi mandi bawak ape? mestilah bawak tuala kan? haha tapi aku tak! sebabnya kalau kat rumah, bila habis je mandi mesti aku panggil mama aku;
"Mama ohh mama.. orang dah habis mandi. nak tuala.."
haha tapi masalahnya aku sekarang ni dah duduk kat Jengka ni, mama aku mana boleh tolong hulurkan aku tuala. hahaha punyalah lama aku dok dalam toilet tu sebab tak tau nak buat ape. nak lap badan dengan ape lak kan? nak mintak kawan tolong amik towel, malu la pulak..
mau tak mau, aku keluar dengan pakai balik baju sebelum tu. habis basah lencun baju aku tu. dengan muka selenge' aku masuk bilik, air rambut dan badan menitik-nitik. malu wooo lupa bawak towel. hahaha
start dari haritu aku terus alert yang aku sekarang bukan ada kat rumah lagi. takleh nak manja2 lagi. takde sape lagi nak tolong bagi towel bile aku dah habis mandi lagi.. huuuuu sedih woooo..
sekarang aku dah reti tau basuh baju sendiri, kemas katil sendiri.. haaa senang kata semuanya sendiri la.. lenguh gile tangan aku ni dok buat keje itu ini. haha aku ni kompem takleh jadi maid. dok mengeluh je kalau buat keje yang aku tak biasa buat.
Nota Mintak Pelempang: aku harap lepas aku grad ni, aku nak hire sorang maid yang khas utk hulurkan aku towel masa mandi je. hahaha
15 sayang cik singe:
Pehh...manjanya anak mak.
Memang itulah hikmah duduk di perantauan...semuanya buat sendiri.
Berdikari dik !
bestkan setuhan..org lapkan.bestnya....hurmm pink giler.seram nak pkai
hahahahha..seb baik awak sarung balik baju2 yang dah pakai tu.kalau awka keluar telanjang bular, lepas tu terjatuh sebab licin, lepas tu kawan2 awak semua datang sebab nak tgk apa terjadi, saya tak tau apa perasaan awak masa tu.hahahahaa
hahahahaha. semoga kmu boleh menjadi sosok yang lebih berdikari terutama mengenai kehidupan seharian...
hahahha.. caitt dh besor suh mama bgi towel.. aiyoo maciii..
bolat mase mule2 dlu jeh bsuh pkai tgn,skrg dobii.. haha malass
manja sangat ni, tulah akibatnye dok rumah dapat mak rjnkan. mcm mak sy hehehe
Hheee, kes lupa towel tu teringat masa skolah kalau mandi mesti lupa towel pastu panggil orang luar suruh hulur towel, sampaikan My Dad lekat notis kat pintu bilik air, '
Nak mandi sila bawa tuala' hehee ;)
amboii..manje nya dia..bgus2 dah duduk perantauan..bleh berdikari kan? :)
kb pun kalau terlupa bwk tuala masa kat asrama, pakai je blik bj tu. sb tu je kan kain yg ada. lagi 1, bwk la kain batik ke asrama sebb takut ada tertinggal tuala kat rumah. kalau tinggal tuala, mana ada yg nak bg pinjam kan.. hehehe.. jd simpan kain batik tok ganti tuala.
datang mengomen lg.cri entry bru
haha...mula2 takpe..dimaafkan...lepas ni ekau kena get ready bawa towel awal2 la kalau masuk bilik air...haha~
amboi...tuala pun lupa nak bawak macamana la tu..
hya blogger
kunjungan malam raya haji
selamat hari raya haji yer
--------------------------
duduk kt tmpt org boleh bljr brdikari .
manja kau nie..bagos gak duduk jengka..dah tu kwsn pendalaman..terbaik..haha
Post a Comment