iMBobo

belog tarzan gilak

Thursday, November 29, 2012

Gatal sebab kena kencing dek 'benda' tu atau ..... ?


Hoho akhirnya semalam aku dah melalui pengalaman yang agak memalukan semenjak aku ada kat Jengka ni. Hehe malu nak mengaku yang seluruh badan dan muka aku naik bengkak-bengkak. Benda ni jadi teruk sekejap je. Xsampai 5 minit badan aku dah jadi lain macam.

Mulanya cenghini, masa tu aku tengah dok sedap-sedap menghadap laptop. Tibe2 je aku rasa kaki aku kena gigit dengan something. Mulanya aku bajet takat semut biasa je. Aku pun watlek je la. Dah lama2 tu aku rasa kaki aku panas semacam. Bila aku tengok je makaihhh kaki aku yg kena gigit tadi dah bintat (mcm kena gigit) tapi besar gile la.. aku dengan mengada2nya suruh la kawan aku sapukan balm panas nak biarkan benda tu surut.

Xsampai seminit aku rasa badan aku panas dan gatal2 serta merta. Aku start menggaru kepala, aku takut la ada kutu ke xpun kelemumur. Bila aku garu2 depan cermin, aku xnampak lak kelemumur keluar pun. Masa tu aku dah cuak dah. Pastu badan aku lak rasa panas dan gatal gile. Ni takleh jadi ni, aku cepat2 amik tuala, terus pergi mandi.

Masa time nak mandi tu aku tengok, perghhhh badan aku dah bengkak sana sini. Termasuk la bahagian2 yg aku xgaru pun bengkak. Masa kena air sejuk tu aku rasa nikmat gile walaupun pedih. Yelah, badan dah la rasa panas, kena lak air sejuk kan. Hambikkk kau.. aku mandi lama sikit dari selalu sebab aku rasa mcm taknak keluar dari toilet. Sedap bila kena air.. hehe tapi bila fikir jam dah pukul 10 lebih, pastu aku je sorang2 dalam toilet tu, terus xjadi nak mandi lama. Penakut!

Aku keluar je dari toilet aku tengok badan aku kat cermin makin teruk. Sampaikan senior yang dok depan bilik aku pun xkenal aku. Haaa cuba bayangkan camne rupa aku time tu.. senior tu risau pasal aku, dia terus call pos pengawal utk mintak org hantar aku pergi hospital.. agak kecoh ye masa tu…

Ramai la yang dok menyinggah nak tengok keadaan aku. Malu siot, muka aku seriously xmacam selalu. Pelik! Takut bila aku tengok muka aku time tu.. pastu ada sorang senior tu datang dan tengok, pastu dia tanya aku,
Senior: Boleh solat?
Aku: xboleh. Period…
Senior : akak pernah kena ni.. awak ni dah kena kencing dengan ‘benda’ tu.. tadi aku lalu bawah pokok x?
Aku: pokok? Kat sini byk pokok, tp pagi tadi la sy lalu masa nak pergi Blok Pensyarah
Senior : xpe la biar akak je yg amik wuduk

Tak lama lepas tu akak tu dtg dengan minyak masak yg diletak garam. Dia suruh aku sapu dekat tempat yang aku kena tu.. lepas tu dia ckp lepas sapu tu aku kena pergi hospital. Dan tak lama lepas tu ada warden kot dtg hantar aku ke Hospital Jengka.

Service kat situ agak lembab. Yelah, aku dah la tengah bengkak sana sini tu, tp aku still kena tunggu lama dan org yg takat demam biasa dpt masuk dulu. Bila kwn aku mintak aku masuk dulu sebab keadaan aku teruk dengan muka xleh blahnya kena menunggu dari pukul 11 lebih hingga hampir pukul 1. Aku tgok org yg keluar masuk dari bilik rawatan tu takat bwk ubat demam biasa. Kesian gile aku rasa kat diri aku masa tu.. hahahhahaha

Kesannya aku kena injection. Huwaaaa sakit gile siot! Dah la kena 2 kali. Sekali tu tak jadi, yg sekali lg tu baru menjadi.

Hurmmm, aku xtau aku penyebab sebenarnya sakit gatal2 luar biasa yg aku alami semalam.. ada yg cakap geligatal (gatal garam). Tp xpernah pulak aku tengok geligatal seteruk aku semalam.. huuh! Ada gak yg ckp aku kena kencing dgn ‘benda’ tu. Errr agak menakutkan.. ntah la.. yg aku tau aku xde menegur segala benda kat sini. Lepas tu yg warden tu ckp mungkin aku alahan dengan makanan laut, hehe petang tu aku ada makan kuey teow udang+kerang.. warden tu ckp maungkin seafood tu dah lama sgt, tu yg sebabkan aku naik gatal2.. mungkin la kot kan…

Tapi yg pasti aku xtau teori yg mana 1 penyebab utama aku naik gatal2 yg super duper sakit tu.. ada gak roommates aku yg takut2 tido malam td. Semua sebab dorang dengar ada orang berzikir2 dan baca ayat al-quran dengan suara sayup2.. hurmm, nasib baik la aku tido lena lepas kena injection malam td.. hehe tapi kesian kat dorang takut nak tido mlm td. Sorry ye kawan2..

mama aku cakap aku mungkin termakan seafood yg dah tak elok, dan bukannya disebabkan kena 'kencing' dengan 'benda' tu. mama aku cakap kalau yg bab 'dikencing benda' tu org dulu-dulu panggil 'muntah pontianak'. haha 

Nota Mintak Pelempang : Niat aku dtg sini, nak belajar, dan aku tak pernah terfikir nak berkenalan dgn ‘kwn-kwn halus’.. so mintak2 aku dijauhkan dari benda2 yg tak elok. Amin…

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

10 sayang cik singe:

biela bell said...

aku kesian kat kau..tapi aku nak mohon izin gelak..hahaha..adoii..
moga kau cepat sembuh eh,,

*dah lama xmenyinggah blog kau..rindu rasanya..ececec :P *

tia sayangdia said...

laa , seram jugak eh. hanya Allah Maha Mengetahui.

Ezad Skytech said...

Kita pun tak tahu apa punca sebenarnya kan...huhu

najihahfara said...

aaa seramnye kalau kene macam tu

Bui Junaidi said...

MMG ADA ORG TUA KATA,KALAU BADAN GATAL2 KENA KENCING DGN MAHKLUK HALUS..EIII,SERAM

Zie Madini said...

tu la kan. pernah gak kena tu. terfikir gak..kena kencing itu ke orr something else kan

boni kacak said...

rasanya awak ni alahan ni.. seafood tu.. bila kena gigit, dia jadi teruk.. tapi kena kencing benda tu mungkin jugak tak mustahil.benda tu kan wujud :)

Myra Jay said...

Minta dijauhkan dari terjadi, apapun kita usaha untuk berubat, kadang kita hanya buat andaian kan

محمد رازيق said...

mungkin seafood. sebab alahan memang cenggitu. tapi tak tolak juga kemungkinan lain.

chemay said...

menakutkan.
moga tak kena lagi dah lepas ni.
aaminn
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.