iMBobo

belog tarzan gilak

Sunday, January 13, 2013

Pencuri duit poketku, meh nak lempang

ishk ishk ishk (sambil lap air hidong yg meleleh).. aku sedih dan geram ni.. ntah ape la malang nasib kali ni. sedih sangat..

haha takyah nak sedih-sedih bagai la. ni haa aku tengah berduka lara, jiwa berkecamuk disebabkan DUIT AKU HILANG!!! woi sape la yang amik tu? takde sivik sungguh kepada si pencuri haram jadah tu.

ceritanya cenghini, petang tadi tepat pukul 2 petang aku masuk ke dalam Dewan SG sebab ada final exam paper human communication.. punyalah sejuk beku dok dalam dewan tu selama 3 jam. tapi selama aku dok dalam dewan tu, hati aku rasa tak sedap semacam. macam memanggil-manggil aku untuk keluar awal sebelum habiskan jawab semua soalan. haha tapi tu tak berlaku sebab aku ni sangat rajin dan beriltizam untuk jwb exam (yolah tu..)

then, bile habis je paper tu aku terus keluar. aku amik beg. aku tengok brg dalam beg aku ada sedikit perubahan kedudukan brg. yelah aku ni selalunya susun beg ikut mana yg paling tebal sekali then hujung tu baru la letak benda lain mcm purse atau henpon. masa tu aku tak fikir pape lagi.

aku teman kawan aku amik duit kat ATM. then aku ajak singgah koperasi sebab aku dah lama mengidam air coke. pergi koperasi terus cekau coke dan beratur nak bayar. sampai je turn aku, aku terus bukak purse... dan.. yilekkk.. duit aku takde walaupun seringgit. punyalah mengelabah. nsb baik kawan aku yg kt belakang bayarkan. malu gile siot!

Seinggat aku, duit aku masih berbaki rm 33 dalam purse tu. yup! aku ingat lagi sbb pagi tu aku pergi beli makanan kat cafe baki duit ada lg rm 33. huh! tu je la yg berbaki untuk aku makan sampai minggu depan walaupun aku tau mmg xcukup! sedih dan terkilan sebab selama beberapa hari aku menahan perut dan nafsu dengan hanya makan megi dan biskut Captain Munch untuk jimatkan duit. bukan ape, aku malas nak mintak mama aku. lagi berapa hari je tinggal, buat ape nak mintak duit lagi kan?

aku pun terus call mama. nak bagitau aku dah takde sesen pun!
Aku: mama, duit orang hilang!
Mama: hilang? macam mana boleh hilang? ada berapa lagi?
Aku : td org jwb exam, tinggal brg kat luar. selalunya takde pulak hilang. ada lg  rm 33.
Mama: lah.. nnt la mama suruh akak masukkan duit.
Aku: mama tau, td org g koperasi. sekali turn org, duit dh xde. malu.
Mama: Takpe biar je la. tu dugaan masa periksa. nnt dia dpt balasan.
****** bersambung macam2 lagi la. 

aku tak faham dengan perangai org yg suka mencuri tu. kenapalah suka sangat mencuri? dia tak fikir ke duit tu tak berkat, lebih-lebih lagi time final ni? 

jujur aku rasa nak menangis tadi sebab malu dan sedih sebab aku dah siap bajet2 duit untuk beberapa hari lagi ni. ada lg berapa hari je nak balik. aku sanggup makan megi walaupun sebelum ni aku lebih rela mati dari makan megi. aku sanggup makan biskut kering walaupun aku rasa org yg dok msuk bersamamu pun mkn lg sedap. aku sanggup makan nasi hanya sehari sekali je walaupun kwn2 aku yg lain makan sedap2. 

korang tau tak betapa susahnya aku nak survive dari seminggu yg lepas sehingga hari ni? duit yg mama aku kasi sebelum ni habis dok bayar itu ini. yg tinggal hanya rm 33 tu. sedih gile. macam tu je duit tu terbazir. kalau aku tau benda ni nak jadi, memang sehari aku dok makan KFC ulang2 je. haha..

kalau selalunya, aku ni jenis tak sayang duit. tapi kali ni aku udah DARURAT!  hukum huduh please!

tp kini, segala gundah gulana makin terubat sbb dpt msg dari bank islam. yeay. mama dengah abah dah bank in duit :P

Nota Mintak Pelempang : Aku bukan jahat tak nak halalkan. tapi duit y masih tersisa tu bukti kesusahan yg aku terpaksa tempuh sekarang ni. dey pencuri, kita berjumpa di sana :)

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

13 sayang cik singe:

Hafizin Jamil said...

Pencuri tu tengah baca blog ni..haha

HAFIZAL said...

KESIANNYA..DIA..SABAR LAH

HAFIZAL said...

SABARLAH...MUNGKIN INI SEMUA DUGAAN.

nuyui a.k.a miss YUI said...

moga org yg curi dpt blsn t..

Ezad Skytech said...

sabar la...benda da jadi pun...biar je la org tu ambik...dia tak sedar kot AGAKNYA yg mencuri tu salah...

P.S - erk...kenapa ekau pelik tgk header blog den..? mmg da tukar dot com la awal tahun ni...ekau lamo sgt tak online kot...heee~

boni kacak said...

hurm... mengambil kesempatan di atas orang yang sedang kesusahan teruk balasannya... doa orang2 teraniaya selalu senang dimakbulkan..

Myra Jay said...

Memang sedih bila kita bersusah payah berjimat tapi ada orang panjang tangan amik kesempatan..

Sabar ye, dugaan tu..

Bui Junaidi said...

ALA,KESIANNYA..SEMOGA PENCURI TU AKAN DPT BALASAN YG SETIMPAL LH HENDAKNYA..HUHU

MaMa Rey said...

p€rnah m€ngalami duit k€na curi..g€ram b€tul kan..
k€sian cik faridah

Hanie Dew said...

statement "lebih rela mati dari makan megi" mantop.. hahaha..

aku rasa pe ko rasa.sebb aku study jauh dr family gak.kene survive duit baki yg ada.takpe. karma ada. balasan tuhan pun ada.

ps:tu pix raya tahun lepas..sekrg dah gomok.. hahaha

Khairul Zamri said...

semoga pencuri tu mndpat balasan yg setimpalnya

Edy Fee said...

g bomoh cepat.hehe kidding.ahha sabar cuba pinjam dr sapa2 dlu la kalau darurat

inche hlovate said...

memg tak patut nk dihalalkn..mencuri tetap 1 dosa..haa jumpa dengn dia kt sne nti taw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.