iMBobo

belog tarzan gilak

Thursday, May 10, 2012

Iteh disahkan ada penyakit hati dan penyakit kuning

Iteh.. Iteh.. lepas satu-satu penyakit yang menimpa adik kesayangan aku ni.. kesian aku tengok dengan nasib Garfield comel gebuss ni haaa. Dulu sakit tak boleh berak, sekarang doktor sahkan dia menghidap penyakit kuning dan penyakit hati.. alahai~

seriously aku memang takleh nak tahan bila doktor cakap mcm tu. menangis? huh kompem la kan.. allah je yang tau ape aku rasa.

actually rabu minggu lepas aku bawak iteh ke klinik untuk buat pasport. tapi tiba-tiba je doktor detect something dekat biji mata dia. agak kekuningan. mulanya doktor just cakap dia kena penyakit kuning. tapi lepas doktor tanya mcm2 simptom dan doktor check telinga dengan lidah dia akhirnya doktor sahkan iteh ada penyakit hati jugak!

kata doktor, penyakit kuning ni kalau tak diubat awal akan sebabkan hati rosak. kiranya aku lambat bawak iteh pergi klinik, so penyakit kuning tu dah effect hati dia. kesian iteh.. 

sebelum aku keluar dari bilik rawatan tu doktor cakap;
" kucing awak ni ada 50-50 je untuk hidup, tapi kalau allah panjangkan usia dia alhamdulillah la. kalau awak ikut cara pemakanan yang saya syorkan kemungkinan dia akan elok. insyaallah.."

nak gugur jantung aku. tapi aku faham dah kerja doktor bagitau segala kemungkinan. sebelum balik tu doktor ingatkan aku lagi pasal pemakanan iteh yang aku kena ikut

so sekarang, rutin harian iteh;
ubat hati sebiji sekali dalam sehari. antibiotik pula sebiji sekali makan. tapi kena makan 2 kali sehari. dan antibiotik ni dah pun habis sebab dah seminggu pun.



susu kambing. susu kambing ni untuk cegah penyakit kuning. aku memang bagi je iteh susu kambing lepas dia makan. tp doktor ckp takleh bagi terlampau byk, takut badan dia panas nanti.

harap-harap la iteh kembali sihat. bukan ape weyh, sayang gile kat iteh. dah la aku yang tunggukan masa etot beranakkan dia. tak tidur malam aku tunggukan etot beranak. bidan kucing la katanya~

macam2 dugaan aku bela Iteh ni. kaki dan ekor kena ketuk dengan anak jiran la.. kena culik, aku cari rumah ke rumah dalam taman ni la...ekor patah la.. hishh banyak la. sebab tu la aku sayang dia sangat2. even bagi org lain mcm menyusahkan, tapi aku rasa kesakitan dia tu yang buat aku makin caring psl dia. err tapi tak bermaksud kucing-kucing aku yang lain aku tak amik kesah.




*Iteh suka sangat bila orang peluk dan belai dia. manja sangat!


haha comel kan adik manis,comel, gebusss aku tu? aku harap sangat allah makbulkan permintaan aku; Sihatkan Iteh.

p/s: entry ni patutnya di post rabu minggu lepas, tp disebabkan hati tengah berduka lara tertangguh je.


Nota Mintak Pelempang : dia memang gile camera. tiap kali nampak camera atau handphone dia mesti dok depan dan buat muka comel.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Kalau sudi silalah komen dan click Google +

23 sayang cik singe:

msredcheesecake said...

ITEH, RERAJIN MAKAN UBAT K.... CEPAT SEMBUH....

MISS Z BERCELOTEH said...

alololo siannya...

ezyra daniel said...

hope cpt shat laa kan :)

Miftahul Raudhah said...

Aloooh, ciannyer iteh :'( Semoga cepat sembuuh!!

#Awal awal baca ingatkan manusia..Hehe ;)

Selendang Merah said...

Sm pon doakan supaya iteh cepat sembuh nnt boleh tengok dia happy..^^

Iswilma said...

saya doakan Iteh cepat sembuh .. Amin...

Papa Mifz said...

semoga Iteh copek sembuh yer...amin...:)

Ezad Skytech said...

kesian Iteh...semoga cepat sembuh ye...

Tinta Lana said...

Assalammualaikum ida.. :)

Sian kat iteh..kucen pun kena mam ubat cam kite? siannya..

miss ct said...

Assalamualaikum...

saudari faridah...moga saudari tabah ya.. ct pun ada bela kucing..amat memahami bila mendgr dr bgtau diaorg sakit..ini perasaan ibu kita bila dr kata kita sakit kan? heee... moga iteh cepat sembuh..

p/s: iteh jgn malas2 makan ubat..

aRa ❤ aFiq™ said...

1st time dgr kucing saket.. smoga Iteh cpt sembuh.. dia yg gila camera merujuk pada tuan iteh ka ? :P

Azzah said...

moga iteh cepat sembuh..tu pasal sy tak suka bwk kucing pi klinik..takut jadi mcm ni la...

Taufiq Arifin a.k.a. Topimagine said...

jgn lupe bagi iteh mkn ubat ye.. hehe

Bobo said...

kena penyakit kuning? patut la sampai kuning bulu die hehe..

pernah dgr org kata, kalau baby kena demam kuning, jemur baby tu bawah matahari pagi.. kalau kucing tak tahu berkesan ke tak.. huhu

Hanie Dew said...

sian iteh.macam mana ko bagi dia makan ubat? suap gitu je ke. iteh nak ke.

sedih aku dgr dugaan iteh segala.comel gile iteh ni. semoga iteh cepat sembuh..

kucing gila camera.xpe la dia comel.

syafiqakarim said...

semoga cepat sembuh si comel !

Paradise Gal said...

ala cianye iteh. sob sob sob. memang takleh dengar la pasal kucing sakit. sib baik dpt detect. huhu. hopefully iteh sembuh soon. amin.. :)

Cik Purple said...

ala kesiannya.. dah la comei.. :) takpe, iteh makan ubat spya cepat sembuh yer.. :) InsyaAllah tuhan kabulkan doa kte.. :)
btw, jemputla join simple GA jer nih.. :) http://littlequeenstory.blogspot.com/2012/05/mini-giveaway-2012-by-cik-purple.html

Ieyza Afieyna said...

sian die.. harap2 cepat sembuh tau..

..cik gugu.. said...

sedih gle .. dlu comot aku mati sbb skt rahim .. tak dpt detect awal2 skt dy T.T

Arol Mubin said...

Kesiannya Iteh! Aku doakan, semoga Iteh cepat sembuh & kembali sihat seperti dulu. Kau jaga Iteh baik2 tau! Spend lebih masa dengan dia supaya dia kuat semangat. :)

Jue said...

iteh jgn nakal2 tau..nanti kalau nakal iteh lmbt sembuh #ckp dlm bhs kucing =P

me ^^ said...

Hi, kucing saya yang baru balik rumah hari ni lepas 2 hari tak balik ada menunjukkan tanda-tanda penyakit ni. Kulit dia kuning, nampak jelas pada telinga dia, mata dia pon sama. Tapi sekarang ni dia masih berselera makan. Esok baru nak bawa jumpa doktor. Apa makanan yang sesuai bagi pada dia untuk kurangkan penyakit ni? saya biasa bagi dia makan makanan kucing tu dan yg dalam tin. takut makanan tu mengandungi pengawet yang tak sesuai dengan dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Herbalife Form ( for serious buyers)

Name:
Email Address:
Handphone Number
Occupation
Where do you live ? Kuala Lumpur
Selangor
Melaka
Johor
Perak
Pahang
Have you register as a member of Herbalife ? Yes
No
Are you interested in any of below? Lose weight
Gain weight
Improve Health
Improve Energy
Improve Skin
Earn Extra Income
Extra information that can help me to guide you.

Get your own free form like this one.